kerinduan hari ini
Posted on Saturday, December 27, 2025 @ 5:25 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Kenangan 2019 yang menjadi kerinduan hari ini

Tahun 2018/2019 adalah tahun jiwaku dan rakan-rakan baru disentuh tarbiyah. Ada satu habit pada zaman tu yang tinggal kenangan hari ini iaitu — menamakan diri masing-masing dengan nama sahabat.

Masih kuingat seorang usratiku ni, beliau sangat tersentuh dengan kisah Mus’ab bin Umair sebab dia kata ujian sahabat tu sangat sinonim dengan dia. Hence, dia sentiasa gelarkan diri dia “Sayalah Mus’ab”. Dan kawan-kawan lain turut ada dengan nama pilihan sahabat masing-masing.

Satu masa, ketika aku menunaikan umrah pada hujung tahun 2019, ketika usia tarbiyah dah dua tahun disuburkan dengan kisah-kisah perjuangan islam, aku dan para jemaah dibawa mutawwif ke Jabal Uhud. Lantas mengimbas kembali seerah peperangan Uhud. Kisah duka umat islam.

Sesampainya di depan makam para syuhada’ Uhud, mutawwif menadah tangan dan mendoakan rahmat buat para syuhada’ Uhud sampailah beliau menyebut nama “Mus’ab bin Umar” secara spefisik, hiba menusuk hatiku dan air mata laju menitis. Nama tu sangat signifikan, ibarat rakan karib yang dikenali sendiri yang meninggal syahid. Sebab kami sentiasa bermain ‘Akulah sahabat itu’. Dan Mus’ab adalah spesifik nama sahabat kepada usratiku. Rasa dekatnya sosok Mus’ab pada waktu itu ibarat usrati sendiri yang syahid.

Betapa suburnya ruh perjuangan tokoh terdahulu tersemat dalam jiwa.

Sungguh, aku sangat merindukan zaman seperti itu berulang kembali.


Networking Doa
Posted on Sunday, November 30, 2025 @ 5:23 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum



Baru-baru ni dapat banyak sangat mindset yang kita tak boleh nak mengharapkan orang lain je tapi kita yang kena berani step out buat benda upgraded yang kita jarang sekali buat — iaitu mengisi daurah.

“Sampai bila kita nak tolak2 dan bagi ‘kakak’ je buat?”

Maka bermulalah fasa baru dalam hidup. Fasa untuk belajar lagi struggle baru.

In the midst of banyak benda yang baru dan banyak tumpuan dan tenaga dilontarkan kepada hal-hal tu, datang pertanyaan mereka yang concern, “Macam mana (progress) Master awak?”

Sejujurnya sejak masuk bulan ni, sangatlah tidak ok. Lagi pulak sekarang dah kena extend satu semester. And I realised that saya sangatlah memerlukan doa-doa orang beriman.

Habis je ngisi adik-adik harapan ummat ni, ada sorang tu cakap kuat-kuat, “Semoga Allah mudahkan Master akak!” dan terus diikuti dengan doa-doa dan motivasi-motivasi lain dari orang yang berbeza.

Memang awalnya mindset untuk take up offer mengisi ni bukan sebab pandai mentaujih, tapi sebab perlukan doa dari ramaii orang untuk menghadapi liku-liku kesukaran ni. Dan Allah makbulkan immediately 🥹

I really need those du’aas. Lebih istimewa kejadian harini sebab didoakan oleh adik-adik yang masih suci hatinya.


“Seorang soleh pernah ditanya, “Apa yang membuatmu sentiasa maju kehadapan?” Jawabnya, kerana aku yakin doa sekalian muslimin ke atasku dalam solat mereka.
السلام علينا وعلى عباد اللّه الصالحين
(Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba yang soleh). Maka aku lalui hari-hariku dengan penuh keazaman dan kesungguhan.”

seperti batu
Posted on Wednesday, October 22, 2025 @ 5:20 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




Haritu main elemen alam apa yang awak kagumi dan suka

Saya pilih batu. Kalau boleh saya nak jadi ‘seperti’ batu.
Apa kaitan?

Biasanya orang kalau nampak batu rasa less interest. Tak seperti orang tengok bunga atau rama-rama yang cantik dan instantly rasa kagum dan adore. Alah, batu. Dia wujud tapi takde la rasa apa-apa.

Kalau tengok rama-rama atau bunga yang cantik, bukan setakat perasaan je yang wujud tapi malah akan menggerakkan orang yang suka dengan benda tu untuk rasa nak pegang, nak tengok selalu, hingga buat teringat-ingat, nak petik, nak genggam..,

Saya takut dengan mata manusia. Pandangan manusia. Yang kita tak tahu pandangannya didasarkan kepada keimanan atau nafsu. Adakah pandangannya membawanya balik kepada Allah atau dihasut syaitan.

Penyakit ain. Bermula dari pandangan akan membawa kepada perbuatan mungkar. Rasa attachment, perasaan untuk memiliki/menguasai hingga boleh sampai kepada perpecahan dan paling dahsyat; pertumpahan darah.

Batu tak membuatkan perasaan interest tu datang instantly. Tapi dalam keadaan darurat atau mendesak, barulah batu ni dilihat ada gunanya. Tapi hakikatnya batu ni sentiasa ada fungsi dan kekuatannya tak kira masa. Batu boleh digunakan untuk pertahankan diri, kegunaan-kegunaan survival, pembinaan, industri, senjata mahupun hiasan landskap dll.

Dia sentiasa mempunyai fungsi dan buat tujuan hidup dia. Cuma dari segi pandangan manusia, insyaAllah batu selamat dari penyakit ain.

Point saya satu je, saya takutkan pandangan manusia. Dan saya berharap saya tidak dilihat, tidak dikagumi. Kita semua ada kelebihan yang mengagumkan tapi perlu hati-hati dalam perbuatan ‘mengkagumi’ manusia. Kerana dari situ datangnya mudarat yang paling besar. Kerana seberapa banyak hal mungkar yang terjadi bermula dari pandangan mata. Hakikatnya Allah-lah yang paling ‘Adzim dan layak dikagumi.

Semoga Allah lindungi kita semua dari segala kejahatan

ketidaktahuan
Posted on Tuesday, June 24, 2025 @ 5:19 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Ada ketidaktahuan yang indah.

Yang mana, tanpa mengetahuinya hati kan lebih tenang tanpa resah
Yang mana, jiwa akan lebih bebas tanpa dibelenggu
Dan di mana, harapan dan cita-cita bahkan boleh lebih besar daripada ketakutan-ketakutan


hope
Posted on Monday, May 26, 2025 @ 5:18 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum



“Our hope must be greater than our pain”

.

An inspirational saying from inspirational people of the Earth.

And just like that.., like all of it has been washed away