Dapat ka saya masuk ke SBP?
Posted on Friday, December 30, 2011 at 9:23 PM <
0 tomodachi >
Saya dah pun menduduki UPSR.. keputusan pun cemerlang. Cuma... saya tak dapat masuk ke SBP(Sekolah Berasrama Penuh) lagi. Mungkin sebab asrama yang saya mintak tu (SM Sains Kepala Batas) ramai sangat yang mintak kot.. Mungkin la sebab budak2 sekolah saya pun ramai yang mintak sekolah tu. Haiihh..
Sebelum keluar keputusan murid tahun 6 yang layak ke SBP, saya ada cakap dekat ustazah2 saya yang saya takut kalau tak dapat SBP. Ustazah kata kalau tak dapat, saya kena redha. Lagipun, sekolah yang berasrama penuh sikit ja dekat Malaysia ni. Lepas dengar nasihat ustazah2 saya, saya pasrah ja.. biar la dapat masuk ataupun tak dapat masuk ke SBP pon.
Saya pilih SMSKB tu pun sebab kakak saya duduk situ jugak. Mak saya pun nak saya masuk situ. Senang nak hantar/tengok kami kat asrama. Kalau kakak saya dekat sana, saya dekat situ, susah la mak saya nak gi melawat kami. SMSKB tu sekolah baharu lagi tapi dah femes. Hah! Hebat, kan?
Lepas saya tau yang saya tak dapat masuk ke mana2 SBP, saya macam... hmm, biarlah tak dapat pun. Biasanya orang yang tak dapat SBP ni kena buat rayuan. Kawan2 saya pun buat jugak. Mak saya pun suruh saya buat rayuan tapi saya macam malas ja.. dah tak dapat tu, nak buat macam mana, ye tak?
Saya cakap dekat mak saya, biarlah sekolah dekat sekolah harian pun. Tak kesah.. lagipun, saya dah dapat High School Bukit Mertajam. Sekolah tu pun kira ok la jugak tapi mak saya nak jugak saya masuk asrama sebab mak saya cakap senang kalau saya masuk asrama. Kalau saya bersekolah di sekolah harian dekat sini, siapa yang nak hantar kalau saya ada kelas petang. Abang2 saya semua dekat universiti..
Saya ikut ja la cakap mak saya.. tapi saya tak buat pun rayuan tu sebab saya.. M-A-L-A-S! Last2, mak saya suruh kakak saya yang buat.. Heh..Nampak sangat yang mak saya memang bersungguh2 nak saya masuk asrama. Mak saya kata, biar saya sekolah dekat high school tu buat sementara. Lama2 dapat jugak saya masuk asrama macam kakak saya. Dulu kakak saya pun tak dapat masuk SBP & dia kena bersekolah dekat High School. Sama macam saya.. tapi masa bulan 5 tu dia diterima masuk ke sekolah Sains.
Saya? Mudah-mudahan dapat la. Doakan, eh?
Precious
// back to entry
What's This Blog For?
I love this blog // back to entry
Assalamu'alaikum warahmatullah!^^
Apabila ditanya, kenapa buat blog?
Sebenarnya, selain melukis, main kucing, saya juga suka menulis.
Sebab saya seringkali menelaah, mentadabbur kehidupan saya sendiri.
Saya gemar memikirkan hikmah yang terselit di sebalik setiap kejadian.
Saya juga sebenarnya dalam diam-diam, suka memerhati orang sekeliling.
Kemudian, mentadabbur mereka pula. ;)
Disebabkan terlalu gemar berfikir, terasa sesak dada sekiranya tidak dikongsi apa yang saya dapat daripada tadabbur saya..Tetapi saya juga tidaklah suka sangat berkongsi dengan orang. Kerana khuatir mereka tidak berminat mendengar cerita saya. Dan mungkin juga kerana saya lebih suka pendam.
Lalu, blog ini dipilih sebagai ruang untuk mengabadikan suara hati saya.
Dan juga, ruang untuk menyimpan memori-memori lalu.
Kadang, kita lupa kita yang dahulu bagaimana orangnya.
Kita lupa, logam-logam masa silam kita. Dek kerana terlampau merendah diri.
Ruang inilah medan untuk kucari semula logam-logam yang telah kabur dan semakin hilang.
Let Me Tell You A Story..
Dearest // back to entry
In the year of 2011, Miko & Miki came into Mahfuzah's life as their owner had given them to her. Their presence had brought happiness to the family. It was their first experience to have such active kitties. Mahfuzah took a good care of the two kitties until then, in the month of November 2012, Miki went missing. The absence of Miki was never known by anyone. They thought that maybe it's time for her to go away to meet her Creator or she was taken by someone. Since that, Miko lived all by herself.

Years passed. Miko grew as the only cat in the family. She never pregnant since the past 2 years so she never had kittens and the family never get new members in their family but they don't care much about it. Having Miko in their life is the most precious gift that Allah have ever granted. They are grateful that Miko is still breathing and stayed with them for 4 years. They wished that Miko could stay with them longer. As longer as she can. Biiznillah.
On twenty second of May 2016, was the day Mahfuzah lost her dearest cat, Miko. It did hurt her a lot but she remembered that Allah had said; every soul shall taste death. It is time for Miko to meet her Creator. And so do Mahfuzah herself..soon.