![]()
| Kisah Momo
Posted on Wednesday, December 7, 2011 @ 4:58 PM < 0 tomodachi >
![]()
Pernah terdetik rasa di hati nak pergi cari Mimi tapi kalau cari pun, tak guna. Mesti tak jumpa. Kalau Mimi masih hidup, sihat lagi, dia sendiri yang akan balik rumah, kan? Saya teringat masa Mimi ada dulu.. rasa menyesal pun ada sebab saya tak berapa nak layan dia sangat.. waaaa! sedih nih
Pendekkan cerita, Momo setiap hari tak sihat. Tak aktif lansung. Ada satu hari tu, tetiba ja dia nak main dengan tali rafia dalam bilik stor. Saya pelik la sikit sebab sebelum ni tak pernah2 dia nak jadi aktif. Saya main ja la dengan dia. Seronok jugak.. tapi beberapa hari selepas tu, dia langsung tak layan tali yang saya hayun2kan.. Pandang pun tidak. =_= Saya pernah bawak Momo gi klinik haiwan. Doktor kata dia demam sebab bila doktor periksa mulut dia, gusi dia pucat. Doktor pun bagi laa ubat ni, ubat tu tapi Momo tak sihat2 pun. Saya hairan jugak. Ayah saya kata mungkin Momo ada penyakit & mungkin dia sakit dah lama. Saya rasa ada betulnya cakap ayah saya tu. Makan pun sikiiit ja. Kadang2 saya bagi sikit pun dia makan tak habis. Pernah jadi dekat bahagian tengkuk Momo luka sebab dia suka sangat garu kat situ. Dia garu sebab kutu kot.. dah jadi luka tu mesti la pedih, dah pedih tu mesti la tak selera makan, dah tak selera makan mesti la kurus, bila kurus, badan jadi lembik! Sejak sakit ni, dia asyik tido ja.. Masa saya nak gi sekolah, saya nampak dia tengah tido, saya tak nak la kacau nanti lambat pulak gi sekolah. Bila saya balik sekolah pukul 3 petang, dia dok tido lagi. Mula2 saya nak buat tak layan ja tapi saya patah balik, saya tengok Momo, saya rasa pelik. "Kucing nih baloq liat sungguh aih tak bangun2 lagi" Pastu saya tenung dia lama2.. "Dia nih biaq btoi.." Saya pun angkat dia masuk dalam rumah. Badan dia tu macam tak dak tulang.. Allah, lembik! Dengan badan ringan, tak berapa ada isi.. nampak garis2 tulang.. macam budak2 kat Somalia ja. Saya cuma boleh paksa dia makan. Kena letak Whiskas dalam mulut, baru dia telan. Kadang2 tu kena sumbat jugak Whiskas dalam mulut.. susah nak bagi dia makan. Pastu, basuh luka dia. Lama2 luka tu sembuh tapi Momo, serupa ja. Macam tu jugak, tak bermaya. Beberapa minggu sebelum Aidilfitri, Momo langsung tak balik rumah. Mula2 saya ingat dia gi tumpang rumah orang lain sebab nak jumpa dengan kawan dia sebab dulu pun pernah jadi macam tu tapi dia balik. Jadi saya tak kisah sangat masa tu. Dah lama Momo tak balik.. sampai la hari raya puasa. Saya tak nampak langsung kelibat dia. Abang2 saya ada tanya saya, "Mana Momo?" Saya cakap la dia dah lama tak balik. Pastu diaorang kata mungkin dia dah mati. Sayu.. Saya pun rasa macam yang abang saya rasa, Momo dah mati...
Ohohoh! Spatutnya Our Memories...saya tersilap =P
*baloq liat in the sentence means pemalas =)
|


