Kuman Anjing + Kucing
Posted on Sunday, July 29, 2012 @ 3:23 AM < 0 tomodachi >
assalamu'alaikum wbt
bismillahirahmanirahim...


Nak share satu informasi kepada saudara-saudari muslim tentang kuman haiwan spt anjing & kucing. Semoga dengan perkongsian ini, terlerailah segala masalah tentangnya. Mana la nak tau bagi sesiapa yang bela kucing tu..kadang2 lauk yang tak tertutup, kucing mai lompat pastu jilat ka...nak buat macam mana? Haa... ni yang nak gitau nih! Baca naahh...

Sharing is caring,

Caring is loving,
Loving is ___? Heheheh... tak dak aih..merapu ja. =P
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nabi menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah S.A.W berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawabannya, kulit kucing mempunyai otot2 yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh  pelbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh daripada lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya, yang kasar boleh membuang bulu2 mati dan membersihkan bulu2 yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai-bagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir & ekor. Pada bahagian2 tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian2 tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding di dalam mulut & lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil daripada kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat daripada air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil daripada permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak berbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus & staphylococcus. Jumlahnya kurang & membiak dalam lingkungan 50 000 pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam & berbahaya. Pelbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman & mikrobakteria. Air liurnya bersih & boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, kucing mempunyai separuh kuman daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damascus (Damsyik), Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur & tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada badan kucing.

Hadis-hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Kabsyah berkata,"Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata,"Apakah kamu hairan?"Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda, kucing itu bukan najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud & Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan & Anas menceritakan Nabi S.A.W pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata,"Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas". Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab,"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, kucing tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis."

Diriwayatkan daripada Dawud bin Shalih At-Tammar & ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya, setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing & Aisyah memakannya. Rasulullah bersabda, "Kucing bukan najis. Kucing binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah S.A.W berwudhuk daripada sisa bekas jilatan kucing (HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq & Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah, tentunya Rasulullah S.A.W tidak akan berani mengatakan kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baharu ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul kita, Muhammad S.A.W sejak 1 500 tahun lalu.