![]()
| Momo
Posted on Thursday, November 15, 2012 @ 1:40 PM < 0 tomodachi >
BismillahirahmanirahimAssalamu'alaikum
Dalam sedar tak sedar, dah setahun Momo meninggalkan aku. Kenangan bersama dia masih tersimpan rapi di dalam kotak memori.
Momo, kucing yang paling aku sayang sampai sekarang. Walaupun aku dah bela berpuluh2 ekor kucing, bermacam2 pattern & ada yang lebih comel daripada Momo, Momo tetap yang teristimewa.. Sampai bila2.
Aku sayang dia sangat.
Momolah tempat aku meluahkan segala perasaan masa aku kecik2. Hmph.. agak kelakar jugak bila dikatakan seorang budak perempuan meluahkan perasaan kepada seekor kucing? Macam pelik je?
Tetapi itulah kenyataannya. Memang dia seekor kucing yang tak punya akal. Apa lagi nak menasihati dan memujuk kita tatkala kita sedih tapi kucing, binatang yang memahami perasaan tuannya. Aku tahu tu sebab aku pernah laluinya sendiri.
Aku tak suka menangis depan orang.
Tindakan yang aku buat, menyorok dalam bilik ditemani seekor kucing, Momo.
Masa aku tengah sedih, Momo tengok je aku.. duduk sebelah aku diam2 sambil memerhati tingkah laku aku. Dengan matanya yang bulat.. Semakin sebak dada dibuatnya.
Masa aku tengah ada masalah, aku suka berdua dengan Momo di halaman rumah waktu petang. Waktu yang paling aku suka.. ditambah dengan angin petang yang bertiup. Nyaman sangat.
Waktu tu lah aku meluahkan segala isi yang aku tak puas hati. Momo? Hanya setia mendengar.
Aku tak tahu kenapa.. tapi aku sangat selesa meluahkan perasaan kepada seekor kucing berbanding meluahkan perasaan kepada manusia. Mungkin mereka tak memahami..
Sekarang, Momo hilang daripada pandangan..
Tak ada siapa yang menjadi pendengar setia aku melainkan Dia. Ya, aku tahu, ada Momo ataupun tidak, sepatutnya kita mengadu kepada yang mencipta kita. Tapi.. budak keciklah katakan. Masih jahil lagi.
Mungkin ada sebabnya Momo tiada.. Kehilangan Momo mendekatkan lagi diri ini kepada-Nya. :)
Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik.
Aku redha, ya Rabb..
|

