![]()
| Monkey Love?? =.=
Posted on Sunday, December 2, 2012 @ 11:10 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
★♥★♥★♥★~★♥★♥★~★♥★♥★♥★
"Mahfuzah tak pernah bercinta ka?"
Diam seketika.
Hehh.. Lain macam ja bunyi..? "Kenapa?"
"Aku dok tengok hang tak cakap langsung dengan budak2 laki?"
Aihh.. keja dok ushar orang.. =.=
"Erk... Memanglah."
"Macam mana hang buat?"
"Buat amenda? Aku dari sekolah rendah lagi macam ni."
Memang ana tak bergaul dengan budak2 lelaki sejak sekolah rendah. Tapi takde lah sampai tak bercakap langsung. Jarang2 je. Rasanya.. ana tak berkawan dengan lelaki sejak ana darjah 5. Masa darjah 4 tu.. kawan la sikit2 tapi bukan semua, sorang ja yang ana rapat pun. Tu pun sebab kami selalu bersaing dalam bab2 melukis ni tapi ana berkawan dengan dia biasa2 ja. Tak lebih pun.
Jadi, jawaban bagi soalan di atas...
Tak.
Apa? Tak percaya? Nak tunggu ana bercinta?
Haiihh! Jangan haraplah! Tunggulah sampai kucing bertanduk pun. Tak hengen eden =_=
Sedangkan dengan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W pun ana sedang cuba merindui + mencintai Baginda dengan sepenuh hati. Tu pun.. rasa rindu pada Rasulullah kadang2 ja. Astaghfirullah.. T_T Ini kan nak bercinta dengan 'makhluk' yang tak da apa2 kaitan dengan ana. :/
Lagipun, bercinta ni buang masa. Mula2 tu memang syok. Wahh, syok tak terkira la dok balas2 surat dalam kelas, "I lap U", "U lap Me", "rinduku padamu tak pernah hilang walaupun kamu berada di hadapan mata" Hamboi, ayaaattt!! Tapi, bila ada crush sikit, jeles tang tu, jeles tang ni, mamat ni tak boleh tengok awek dia 'bergurau2 sende' dengan lelaki lain la, pakwa dia melebih2kan budak perempuan yang lain berbanding dia la, mula laa perperangan serang balas roket jarak jauh Pphhiiiiuuuu (bunyi roket) . . . . . Serangan tepat pada sasaran. ==' Bermulalah alkisah sedih 'Ombak Rindu' yang merobek2kan jiwa sampai jadi tak tentu hala. "Kau penipu!" "Khianat!" "Dasar lelaki!" "Dasar perempuan!" "Dasar periuk!" "Belanga!" "Rice cooker!" Macam2 kluaq. Diri sendiri tak nak salahkan. Salahkan orang lain pulak. Patutnya muhasabah diri tu, apesal senang sangat lelaki tu boleh tackle awak? Murah sangat ka? Kalau kita bertegas mempertahankan harga diri kita sebagai perempuan, mempertahankan diri kita daripada mendekati zina, in sha Allah, Allah pasti bantu mempermudahkan urusan kita. Sebab kita buat semua ni kerana Allah. Sedarlah diri tu wahai kanak2 sekalian. Kecik lagi aih. Duit pun mintak dekat mak. Nak beli baju, buku, makanan, robot, superman, segala benda tu suma mintak duit kat mak ayah, teringin nak pasangan hidup dah? Mampu ka nak tanggung, ceq! Persiapkanlah diri ni dengan ilmu agama dulu. Jadilah yang soleh/solehah. In shaa Allah, kalau kita dapat jadi soleh/solehah, yang solehah/soleh tu sendiri yang akan datang pada kita. Lagipun kan.. aku percaya akan 'cinta lepas kahwin' ;) ececeeyy.. Haih! Seriuslah! Masa tu kan dah halal. Nak buat apa pun tak dilarang. Tak nikmatlah kalau kita dah pernah rasa bercinta tu macam mana. Ye dak? =) ![]() |


