Mak
Posted on Monday, January 28, 2013 @ 1:23 PM < 0 tomodachi >
bismillahirahmanirahim..
السلام عليكم ورحمة الله


Aku anak bongsu.
Jadi.. selalunya lah orang kata,
kasih sayang mak ni lebih kepada anak bongsu.
Aik? Betul ka?
No comment.
Lalalala~

..
Mak...
Tak kira anak bongsu ka, tengah ka, kiri ka, kanan ka, dah kalau nama pun 'anak perempuan', macam2 yang dia tak bagi kami buat.

Maksudnya, dia tak bagi kami buat satu benda tu tanpa kehadiran dia. Eh, tapi bukan semua benda la! Kalau semua yang kami buat kena ada dia tu.. macam mana nak berdikari =,=
Macam..
  • Tak boleh keluar rumah sendirian/dengan kawan walaupun kedai tersangat2lah dekat dengan rumah.
  • Tak boleh jalan kaki sorang2 ke sekolah walaupun dengan kawan. Kena naik van jugak!(masa sekolah rendah dulu)
  • Tak boleh duduk dalam rumah sorang2 bila abang/kakak/mak/ayah tak ada kat rumah. Kena duduk dekat rumah tok (sebelah2 je rumah~)
  • Nak pergi mana pun kena keluarga sendiri yang hantar, tak boleh suruh kawan.
  • Tak boleh duduk dekat halaman rumah bila suasana sunyi (kadang2)
Dan.. ada la banyak lagi..
Kadang2, aku nak keluar rumah, nak sidai baju pun dia tanya, "Hah, nak pi mana tu??"
"Sidai baju, maaak......" Lepas tu aku buat muka '(-_-)'
Isk3...

Larangan2 kat atas tu masa aku darjah 6 dulu, sangat2 annoying. Masa darjah 6, aku rasa aku ni dah besar, so tak perlulah larangan2 remeh macam tu!

Larangan2 tu sampai sekarang masih diguna pakai oleh mak, haiih.. -_-
sampai aku tingkatan 1. Setiap kali nak outing ja, mak selalu peringatkan,

"Kalau nak outing, outing dengan mak ja. Kalau nak sangat outing dengan kawan, suruh depa yang ikut adik, bukan adik ikut depa pi outing. Boleh dak??"

Akur..

Sampai sekarang aku tak pernah outing dengan kawan sebab kawan2 aku ni selalunya diaorang nak kita yang ikut diaorang pi outing. Mula2 tu nak ikut diaorang tapi..kan mak dah bagi amaran........

Larangan2 mak tu kadang menyesakkan dada. Terasa dikongkong.
Tapi lama-kelamaan, bila dah besar sikit ni.. baru faham.
 Sabda Rasulullahﷺ: "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi) 
Sabda Rasulullahﷺ bermaksud: "Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."
Kalau setakat nak keluar jalan2 dengan kawan tu... lupakan jelah, cik Mahfuzah~
Tapi yang tak pueh hatinya, kalau nak keluar sidai baju pun tokleh. =_='' Haiih.. tu control sangat tu..
Jadi.. setiap kali nak bukak pintu rumah ja, kena bagitau mak, setakat jerit bagi mak dengar pun cukuplah.

"Nak pi rumah tok sat, mak"
"Nak sidai baju sat, mak"

"Nak cari Miko sat, mak"

Semua 'sat2'... =.=
Kalau lama2 nanti mak marah pulak.


..
Mak
Apa yang dimintak, walaupun dia tak berapa nak berkenan, mesti dia bagi jugak.
Tapi sebelum tu kena dengar leteran dia dulu. =P

Masa shopping barang nak balik ke sekolah dulu, aku plan nak tudung yang lebih labuh untuk tahun ni. Aku mintak tudung SMKA punya..... hehehe.
Lepas try tudung tu, mak macam tak berkenan. Macam2 mak cakap, kalau tudung yang labuh sangat nanti susah nak buat praktikal la..lagipun aku bukannya budak SMKA pun, budak Sains.

Mak cakap itu, ini.. aku buat muka seposen jep. xD

Alah.. last2 mak bagi jugak~

Tapiiii tapi tapi

Mak kata mak tak nak aku pakai tudung yang labuh sesangat tu kat luar. Pakai dalam sekolah ja. Mak cuma nak aku pakai tudung biasa saiz XL tu ja bila keluar jalan2. Alahai, mak~

Tak pe, tak pe, tak pe! Perlahan2...
Lama-kelamaan mak boleh terima jugak~