Bulatan Gembira Kami!
Posted on Thursday, March 28, 2013 @ 2:08 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


2012 berlalu....
2013 tiba.
Aku bukan lagi murid tingkatan satu
tapi.. tingkatan dua!!

Waahh.. cepat sungguh masa berlalu.
Aku pulak, selalu buang masa =.='
Sepatutnya masa yang ada ni buat kerja sekolah, study, jadi rajin, beribadat.... BUKAN MERAPU! amek engko... Adeh, adedeh... Pedih pulak rasanya.. =__=

Itu satu peringatan untuk diri ya, Mahfuzah.

Khamis yang lalu, Kaizerian(batch form 5 tahun lepas) datang amik result SPM.
Kami, lower form ni tak dibenarkan ke dewan jumpa diaorang.. huuu sedih~~~
Rindu diaorang, Kak Fiqa, Kak Ecah yang comey2 tu..

Diaoranglah kakak dorm yang best! Aku bersyukur dapat masuk Serphen 2 tahun lepas, ahli2 dorm semuanya sporting.

Aku ingat.. bila dah kehilangan diaorang semua, ahli Serphen 2, aku tak akan duduk dalam kalangan 'keluarga' dorm yang bahagia.
Tapi
Aku silap.

Rupa2nya, tanpa disangka ahli Serphen 1 lebih gempak!

Kehidupan berubah, aku dah jadi senior... ^__________^

Dengan kakak2 form 5 seramai 4 orang, form 4, 3 orang, form 2, 2 orang & form 1, 2 orang (tak cukup lagi seorang ahli) semuanya berjumlah 11 orang. Hohoho, yang kosong tu mungkin untuk form 1 baru.

Mesti orang ingat; Form 5, sampai 4 orang, ahli dorm yang lain mesti frustrated. Ya la, sebabnya diaorang suruh diam, tak boleh buat bising sebab diaorang nak study.

Haih, tak pun. Hari2 kami buat bising, tau! Yang selalu sangat buat lawak tu, Kak Wana, form 4. & yang selalu gelak kuat macam orang tak betui tu aku lah Haiih.. kalau oghang laki tengok la budak perempuan gelak macam tu, confirm reject daripada buat jadi calon!

Biaq ah.. kecik lagi neh. Tak perlu calon2 :P

Aku ingat lagi masa kami semua bekerjasama menyiapkan tugasan keceriaan dorm, hingaq buat main!
Tapi itu yang seronoknya.. nasib baik tak mengganggu dorm2 lain. Maksudnya, diaorang pun dalam mood yang baik la sebab tak ada sorang pun mai bagi warning suruh diam. Hoho. Bertuahnya kami!

Kami selalu gelak sama2, jadi gila sama2. Weeewewe~~ Best :3

Aku harap, ukhwah ni akan berkekalan. Insya'Allah!
Saaayang 'keluarga' baharu aku :3