Sahabat, kucinta padamu!
Posted on Friday, April 26, 2013 @ 11:26 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Aku punya seorang sahabat
Juga merangkap rakan dorm aku tahun lepas

Jika dinilai dari luar..
Dia biasa2 ja
Mungkin, tak ada apa yang istimewa

Tapi jika dikenal..
Dinilai dari dalam,
SubhanAllah
Betapa murninya hati

Walaupun apa yang dilakukan agak 'kebudak-budakan'
Tapi itu demi sahabat yang dikasihinya

Dia ingin mendidik rakannya
Supaya menjadi yang lebih baik dan yang terbaik


  ♥  ♥  ♥  ♥ 


SERPHEN 2; 12 tengah malam; 2012

Aku & Hidayah baru ja balik dari Hopsital Kepala Batas
Demam la katakan

Di hospital tadi, Hidayah dapat suntikan daripada doktor
& disebabkan itulah dia dapat vitamin C sebagai ubat.

Jeles.

Vitamin C sedap

Aku mintak satu daripada dia
tapi dia tak bagi

=,=''
Kedekut!

Disebabkan Hidayah tak bagi, senyap2 aku amik vitamin C tu and.....
Telan!

Eh, bukan
Hisap.
Yum~ Yum~

Dengan bangganya + seronoknya aku bagitau Hidayah yang aku dah amik vitamin C dia senyap2.
Apa lagi, meradang budak tu.
Aku tau dah aku dalam bahaya masa tu, aku try pujuk tapi tak berkesan sikiit pun.

Alahai~ dah la kami baru ja berbaik tadi sebelum sama2 ke hopsital, bergaduh balik.
Masa tu, aku geram sangat dengan perangai dia. Aku tau salah aku tapi tak perlulah nak merajuk teruk2. Mengalahkan budak2. Lepas tu, aku fed up. Malaslah aku nak pujuk budak yang sememangnya tak matang di fikiran. Kerja merajuk, merajuk, merajuk!
Aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri & tak hiraukan dia.

Pedih
Payah
Susah... betul hati ni waktu tu.

Tak senang berada di dorm dalam keadaan bermasam muka dengan orang yang dahulunya tersangatlah rapat dengan aku.

Bila dah rasa terseksa, aku ambil keputusan; hantar surat.
Hantar surat dekat dia.
Hanya itu yang ana mampu bagi meluahkan kata2 yang terbuku di hati
Sebabnya aku tak reti.. nak cakap depan2
Takut tak terkeluar kata2, hasrat yang aku nak sampaikan
Yang paling aku takut;
Menitis air mata

Aku tak nak & tak akan titiskan air mata depan siapa2 pun!
Kecuali Allah & kucing aku
Selagi aku mampu, tekad yang aku bina setahun lalu akan aku teruskan

Puas aku luahkan isi hati di atas sekeping kertas, aku letakkan dalam loker Hidayah.
Malam tu, aku dapat balasan surat daripada dia.

Tersentak aku.

Balasan surat tu betul2 menyentuh hati aku.

Aku rasa bersalah

Dalam surat tu dia tulis; tujuan dia buat macam tu sebab dia nak ajar aku supaya jangan ambil barang yang tak diizinkan tuannya sebab hukumnya HARAM.
Dia nak aku sedar... dia tak nak sahabatnya ni mengambil barang yang haram.
Semuanya sebab... dia sayangkan sahabat dia.


Ya Rabb..
Sungguh mulia hatinya, ya Allah

Dia mengajarku perkara yang sangat bermakna
Walhal aku sendiri sudah mengetahuinya

Aku pasti.. kalau Hidayah tak buat macam tu pada aku, mesti aku tak akan sedar sampai sekarang.

Syukur, ya Rabb

  ♥  ♥  ♥  ♥ 
Sabda Nabi SAW:  Rasulullah SAW ditanya; Ya Rasulullah, siapakah orang yang sebaik-baik menjadi rakan perbualan kami? Rasulullah bersabda; Dia itu, ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT dengan melihatnya, percakapannya menambahkan 'ilmu kamu dan 'amalannya pula mengingatkan kamu kepada akhirat.
"Kita bercinta bukan kerana jasad. Bukan kerana budi. Bukan kerana ihsan.
Tapi, kerana Allah."