![]()
| MC~
Posted on Wednesday, July 3, 2013 @ 11:02 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi lagi kesempatan kepada aku untuk berkongsi cerita di laman yang sangat cute ini.
Ya, aku tau blog ana sangat cute.
*muntah pink<--- uuu~ sesuai dengan warna blog :P
Selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad
Semoga rasa cinta kita kepada baginda semakin bertambah
![]()
Aku balik rumah hari ni. :D
Sebab?
MC
Heeeeeeeeee :D
Sebab?
=.=
Sakit la. Apa lagi
Sakit apaaaaaa -_-
=,='
Banyak tanya ngat aih.
Kaki mau? Gitau ja lah.
Amboih, garang laarr
Eden jatuh longkang dalam perjalanan nak ke surau, nak menunaikan fardhu Asar. Waah, macam mujahidah pulak ye. :P
Punya la best lutut terseret dekat simen yang tak rata =,=
Calaarrsss abes.
Innalilahi wainalilahi rojiun
Nasib baik masa tu tak ada muslimin dekat kawasan surau. (yelah, kami gi solat lambat. Dah abes dah pun jemaahnya.. form 2 ada hal sikit tadi)
Dan nasib baaaiiik sangat Hidayah ada sebelah aku, kami sama2 nak ke surau. Aku terjatuh tu pun ana sempat pegang Hidayah. Nasib satu kaki ja masuk, kalau satu badan... =.=''
Longkang kecik je pun :P
Angin kuat sangat masa tu, terlipat kain sekolah eden, nak langkah habis2 tak boleh, langkah separuh,
Prraaakkk!
Adus..
Terseret lutut dekat simen dalam longkang.
Ramai kut aspuri baru balik dari surau. Semua pakat tengok. Antaranya kakak dorm aku. Terkejut gila dia.
Cepat2 aku angkat kaki aku balik sambil pegang Hidayah.
"Ya Allah...Mahfuzah, sakit tak? Ok tak ni?"
"Hah? Haa.. ok2. Ok ja.. Hehe"
Aku sengih ja untuk kurangkan sakit.
Nak cover, actually..... huahuahua
Aku tak nak lama2 dekat situ. Dah la lepas tu kami ada tugas untuk diselesaikan pulak. Aku nak terus ke surau. Cepat2 aku jalan nak sampai, nak masuk TERUS dalam surau. Waaaaa.
Lepas aku terjatuh tu, dalam hati ni asyik ucap alhamdulillah sebab Allah dah kurniakan sakit yang boleh bantu kurangkan dosa aku, insya'Allah. Mudah2an..
'Aaa..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..'
Memandangkan sepanjang tahun ni aku tak demam2 lagi.. Ditimpa sakit macam tu pun dikira satu ni'mat.
![]()
Yaaa.. ni'mat..
Hikmahnya...
Aku boleh ambik MC
Hooheeeee~~~~ xD
Balik rumah awai~~
~(^o^~)(~^o^)~
Btw, aku terharu
Ecah, Wani, Insyirah sudi datang melawat aku dekat dorm petang tadi sebelum aku balik.
Aida, Anis pun datang jugak :D
Wuu~ Aku tau hampa sayang aku xD
Kaaaannn
Toksah nak berdalih laar~~
![]()
![]() |



Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun Syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah SWT terhadapnya. Maka jika pada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu Subuh."
[Hadith Ibnu Majah]


