![]()
| Fabi Ayyi Ala I Rabbikuma Tukazziban
Posted on Monday, August 5, 2013 @ 5:59 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Segala puji bagi Allah SWT yang masih meminjamkan ni'mat keupayaan menulis kepada ana
Dipinjamkan ni'mat kesihatan
Ni'mat bernafas dalam udara bersih
Ni'mat melihat walaupun berkaca mata
Ni'mat berjalan (walaupun hari tu dah kena tarik sikit :P) sihat dah.. Alhamdulillah! :D
Dan ni'mat2 yang lainnya
Sesungguhnya Allah berfirman dalam surah Ar-Rahman(Maha Pemurah):
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" "Masakan Allah akan menyeksamu juga jika kamu bersyukur dan beriman? Malah Allah adalah pembalas jasa kepada orang mukmin yang bersyukur serta Maha Mengetahui" [An-Nisa: 147]
"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu seksaanKu lebih dahsyat" [Ibrahim: 7]
Begitulah yang difirmankan Yang Maha Esa dalam ayat2 cinta-Nya
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang bersyukur. Allahumma Aamiiin.
![]()
Kadang2..
Aku selalu rasa dipinggirkan Entah kenapa... Jiwa semakin rapuh Hati semakin fragile Cepat sangat tersentuh Cepat sangat terasa Cepat sangat terluka Kadang2 tu, aku cuba pujuk diri sendiri 'Semuanya ok..' 'Dia tak sengaja tu' 'Dia memang macam tu dari dulu. Hang yang terasa lebih' Cuba husnudzon dengan semua orang Lagi2 dengan kawan baik sendiri Tapi.. kadang aku terfikir 'Betul ka apa yang aku fikir tadi?' 'Betul ka dia memang macam tu dari dulu or baru jadi?' 'Dia tak suka aku?' Allah... hati kembali su'udzon Fikiran semakin bercelaru Sampai terasa nak jerit.. APA SEMUA NIH?! Ingin sekali mengeluarkan segala isi perut yang ada Menjerit sepuas...puasnya. Menangis sepuas2nya Namun fikiran melayang mengimbas kenangan lalu Pernah aku memasang tekad 'Aku tak akan menangis depan sapa2 melainkan Allah' 2012, SM Sains Kepala Batas Aku tewas Bila difitnah kawan sendiri Pertama kali mengalirkan air mata di depan kawan sekolah menengah Disebabkan peristiwa tu Aku cuba Jadi kuat Tak nak peristiwa lalu berulang Air mata aku mahal Aku akan cuba simpan, tahan.. walau macam mana pun.. Sekali lagi Aku tewas. 2013, SM Sains Kepala Batas, Serphen 1 Berderai air mata melimpah dalam dakapan kakak dorm Allahu Allah Tak berdaya ditahan Air mata yang memaksa untuk dibebaskan di udara Menyesakkan dada Setiap kata2 yang tajam masih terngiang2 di telinga walaupun dah dipujuk kakak dorm aku yang aku sayang. Ada satu perkataan yang sangat merobek hati aku. Bagaikan ditores pedang yang tajam Membuatkan hati aku semakin nipis ![]() Satu pengajaran aku terima Cuba bertanggungjawab melakukan tugas sendiri Amanah Sudah dikatakan Imam Al-Ghazali Yang paling berat di dunia ini adalah Amanah. Hari hari ditempuh dengan sukar Allah. Kuatkan hati ![]() Melihat wajah kawan2.. kakak2.. adik2 yang aku sayang Senyuman terukir di wajah Terasa lubang2 di hati dikambus kembali Bagaikan penawar... Mereka... sentiasa ada untuk aku Anis Ecah Aida Syamimi Alia Hidayah Liyana Merekalah racun Merekalah penawar Sama2 mendamaikan jiwa Mengubat luka di hati ![]()
Sesungguhnya dikurniakan insan2 mulia yang sangat baik hati seperti mereka adalah satu ANUGERAH yang terindah
Ni'mat mempunyai ukhuwwah dengan kalian..
Allah... How can I ever deny Your favours?
Syukran ya Rahman..
Usah Kau tarik ni'mat ini daripadaku..
![]() فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ fabi ayyi aaalaa i rabbikumaa tukazzibaan "Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu" Allah... :) ![]()
"Akan tiba suatu saat kau bersyukur kepada Allah kerana tidak semua permintaanmu dimakbulkan-Nya"
![]() |





"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu"
[An-Nahl: 18]



