Forgive me
Posted on Monday, November 25, 2013 @ 12:36 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




Aku ni kejam sangat ka?

Kenapa aku tak boleh nak jadi baik macam orang lain?

Aku nak jugak jadi macam orang yang baik, mudah memaafkan orang lain
Tapi hakikatnya aku memang TAK BOLEH!




Aku tak tau apa dah jadi dekat aku sekarang ni.
Mungkin sebab faktor keturunan. Keturunan yang panas baran, mungkin?
Ah! Aku tak nak tergolong dalam golongan tu. Sungguh, aku TAK nak!

Sungguh susah untuk aku berlapang dada nak maafkan kesalahan orang lain.
Aku hairan tengok orang lain. Senang sangat diaorang dapat terima hakikat & berbaik semula. Kenaaapaaa aku tak boleh nak lupakan perkara laaaluuu!



Aku frust! =='




Hati oh hati~
Semakin hari semakin parah.
Sedangkan aku tahu sifat orang beriman tu memaafkan orang lain tapi sikit pun hati aku tak terbuka untuk maafkan dia. Aku cuba, tapi kesannya cuma sementara. Lepas tu, jadi balik!




Setiap hari, aku cuba mengelak daripada dia.
Cuba menahan daripada bergurau senda dengan dia.
Sebab aku takut.. Aku takut luka aku semakin parah.

Apabila kita rapat dengan seseorang tu & satu perkara yang tidak diingini berlaku, memang kesannya sangat mendalam. Terasa hati bagai ditikam. Allahu.. sakit yang teramat!

Walhal, bila aku tengok dia, terbit rasa simpati & kasihan.
Aku tau aku sebenarnya masih menyayangi dia tapi aku cuba menafikan.
Sekali lagi, aku berbisik, 'Aku tak nak! Aku tak nak! Aku tak nak terluka sekali lagi!'

Bila aku tengok kawan2 baik aku dapat berbaik, bergurau senda macam dulu, terbit rasa cemburu.
Cemburu.. kenapa diaorang ni senang menerima takdir.

Sebenarnya aku agak terasa la jugak bila kawan2 aku semua duduk dengan dia & aku ditinggalkan dekat tempat aku disebabkan keengganan aku untuk menyertai kawan2 aku.




Sampailah satu hari, cuti minggu kami diisi dengan satu program berbentuk motivasi.











Motivasi tentang sahabat.











Program tu telah banyak membuka hati aku untuk lebih menyayangi sahabiah2 aku yang juga keluarga aku sepanjang perjuangan aku menuntut ilmu di sini.






"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara......"







Aku teringat akan peristiwa ketika seorang abang fasi cuba mengoyakkan bendera kumpulan kami.
Aku perhatikan tangan dia, dia pusing dekat bahagian mana pun, tetap dia tak boleh nak koyakkan bendera kami. Bendera tu seolah2 liat untuk dipisahkan. Bagaikan tangan2 yang berpegang erat berusaha untuk tidak dipisahkan. Aku teruja.. & sebak.


Sekiranya seluruh umat Islam di dunia ini berpegang erat dengan al-Quran & sunnah, berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar, seandainya seluruh umat Islam bersatu, pasti Islam semakin utuh, tidak rapuh seperti sekarang.




Lalu kukatakan kepada ahli2 kumpulan yang juga merupakan sahabat2 Syurga aku,
"Persahabatan kita ni utuh, kita takkan terpisah"

Manik2 kecil semakin luruh & akhirnya aku menangis di situ jugak.






Pada malamnya, juga kami diuji sejauh mana cinta kami terhadap ukhwah kami yang telah terbina hampir 2 tahun di situ.

Tidak dapat dikawal, air mata berlinangan.


Baru aku tau nilai sahabat.


Malam itu kami diberi peluang memohon maaf sesama kami.

Aku mencari sahabat2 karib aku...














& seorang lagi.


Aku menerpa kearahnya lalu memeluknya, katakan kepadanya aku memohon maaf.
Satu ayat keluar daripada mulutnya,






"Aku sayang hang.."







Sungguh, kata2 itu membuatkan aku diam seribu bahasa.



Masihkah dia menyayangi aku walhal cintaku padanya telah lama hilang?




"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(Al-Hujurat: Ayat 10)