![]()
| Tetaplah teguh berdiri
Posted on Saturday, March 29, 2014 @ 2:24 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
![]()
"Mahfuzah!"
Lamunan terbang ke langit. Kembaliku ke alam nyata,
namaku dipanggil?
"Ada tudung lebih tak?"
Tudung?
Teragak-agak.... dia tak tau ka tudung aku labuh sangat?
Eh, jap—
"Ada."
"Ha, nak pinjam tudung labuh hampa!" *exicted*
"Oke."
—baru kuteringat akan keinginan penghijrahannya.
Mujur tidak meluncur keluar "tak" daripada mulut.
![]()
Aku hanya boleh mengukirkan senyuman
Subhanallah
Hanya Allah yang tahu kebahagiaan yang aku rasai
Melihatkan mereka kembali mencari Ilahi
![]()
Inilah hasil kepada kehebatan orang yang mempunyai keberanian menyeru umat kembali kepada Tuhan mereka yang Satu itu
tanpa dipedulikan cacian, makian, lontaran kata-kata yang menyakitkan daripada sesetengah orang
kerana yakinnya dia akan janji Allah untuk hamba-hamba-Nya yang menyeru & mengajak ke arah kebaikan.
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah..."
Jiwanya tidak gentar
Tetap kukuh tidak rapuh
Biar apa pun kata orang, dicampakkan jauh-jauh kata-kata itu
Masih mampu mengukirkan senyuman..
seperti biasa
Aku kagum dengan ketabahan hatinya demi ummah yang tercinta
Tidak pernah aku cuba untuk jadi seperti itu kerana takutnya aku dengan kebencian dan cacian manusia
Hati ini tidak pernah mahu mencuba menahan keperitan menanggung tomahan manusia
Aku takut.. aku tidak kuat
"Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?"
"Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat...."
"Pujian" itu nilainya lebih rendah daripada najis dalam tandas..."
"Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat..."
"Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama..."
Penulisan seorang ustaz terbayang di mata
Allah, pedih.
'Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?'
Apakah yang ditakutkan..
Biar...
Biar walau mata kau pedih direndam air mata kesakitan
Biar walau kau jatuh berulang-ulang hingga terluka
Biar walau dihancur hati kau sekalipun!
Kerana di setiap kerebahan,
Allah pasti hadirkan seseorang
untuk menghulurkan bantuan
mengangkat kau
kembali berdiri tegap
![]()
Tetaplah teguh berdiri,
wahai diri yang dipelihara Allah
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)." [Surah Fussilat: 33] |



"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah..."

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)." [Surah Fussilat: 33]

