..Iyyaka nasta'een
Posted on Monday, July 28, 2014 @ 11:04 PM < 2 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum

Telah berkurun lamanya..
Aku memendam satu hasrat
                       satu impian
                     satu cita2
                                                      yang besar.


Namun, aku khuatir impian dan hasratku tidak didengari orang. Tidak disahut sesiapa.


Terasa sesak di hati

Hanya menyimpan rasa yang sekian lama terbuku

Rasa gelisah tatkala melihatkan keadaannya yang nyata.


Gelisah, tidak tenteram.


Lalu kunyatakan rasa yang terbuku ini kepada sahabat karibku. Namun, apa yang mampu dilakukan?

Hanya luahan kata semata2.

Semakin lama, rasa ini hilang sedikit demi sedikit.

Dibawa bersama arus kesibukan diri membuat persiapan peperiksaan yang tidak lama akan menjelang.
Mengalir ke hilir dan semakin lama tampaknya semakin hilang dari pandangan.

Tiba suatu masa, hasrat, cita2 & impian yang telah dihanyutkan semakin mengayuh ke mari untuk kembali menetap di tempat asalnya.


Perasaan ini kembali.


Lalu kunyatakan lagi kerisauan hati kepada sahabat tercinta. Barangkali insan yang sama.

Impianku kali ini semakin besar. Kubisikan dalam hati, aku harus lakukan sesuatu.
Namun, api yang marak tadi seakan malap pabila disimbah air kerisauan. Bermacam-macam soalan timbul,
'Apakah tindakan dan hasratku ini disokong?'
'Apakah ada seseorang yang akan bangkit bersama?'
Aku hanya dapat berdoa agar suatu khabar gembira bakal mendatang.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.


Pada malamnya, kuterima suatu keajaiban yang mana merupakan jawaban kepada soalanku siang tadi.

Alhamdulillah, alumni akan bersama kami menyemarakkan semangat kami untuk membangunkan semula sekolah kami yang tercinta.

Keresahan, kegelisahan, kerisauanku

Selama ini soalan2 adakah aku perlu pindah ke sekolah lain yang sedia hebat seperti sekolah impianku atau aku tetap di situ untuk berjuang menebus maruah sekolah agar zaman kegemilangannya kembali sudah terjawab apa seorang yang dihormati mengatakan,

"Tidakkah kau mahu nama kau juga termasuk dalam sejarah untuk membangunkan sekolah ini?"

Insya'Allah. Aku mengharapkan suatu keajaiban berlaku.


Namun, kegelisahan datang menyinggah lagi setiap kali kulihat realitinya.


Allah, mampukah....


Suara hati berbisik,
'kau belum memulakan apa2 lagi. Mengapa sudah mahu mengalah?'



Allah, bantulah daku!
Serta rakan2 seperjuanganku!
Semoga segalanya bakal berlaku.









Kutitipkan doa buat-Mu, Ilahi.
Semoga segalanya dipermudahkan.
Amin ya Rabbal 'alamin.