![]()
| Kabur
Posted on Sunday, November 23, 2014 @ 4:55 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
![]() Di mana aku sering ternampak kucing-kucing yang sakit Tanpa tuan Tanpa tempat berlindung Tanpa sesiapa pun peduli Pada saat itu aku bertekad Aku simpan satu cita-cita Demi makhluk-makhluk Allah yang suci tiada dosa Akan aku berbakti kepada mereka Suatu hari nanti ![]() Masa berlalu tanpa menunggu Dari bangku sekolah rendah ke sekolah menengah Tak disedari telah 3 tahun aku habiskan sisa hidupku di situ Masa telah mematangkan usia Terlalu banyak perkara yang perlu dan sedang difikirkan Cita-cita 5 tahun lalu masih diragui Entah hendak dipenuhi atau dilupakan Bukan dah tidak sayang, Bukan dah bosan, Bukan itu dan bukan ini Diri enggan menjejakkan kaki di Barat lantaran kerisauan iman yang rapuh. Sungguh, aku tidaklah sekuat yang disangka ramai Sungguh, hanya Allah dan aku yang tahu Impianku hanya ingin ke bumi yang penuh barakah, Bumi yang dipenuhi ilmu agama Bumi yang sibuk dengan budaya agama Di mana Islam kelihatan subur Dengan ulama'-ulama' terbilang penuh sesak Tempat yang jarang-jarang dapat kurasai kemanisan iman di sini Aku ingin ke sana, untuk mengenali agamaku sendiri Namun, di sana tidak dapat memenuhi cita-citaku. Dan Suatu masa dulu, veterinar telah pun aku tolak ke tepi. Tetapi, aku baru tersedar. Semakin ramai yang bertindak kejam terhadap makhluk-makhluk Allah yang tidak pernah tercalit walau sedikit pun dosa ini. Manusia akhir zaman iman semakin tipis. Ihsan semakin terpadam dalam diri. Satu suara berbisik, dan ternyata menyentuh perasaanku. Cita-cita 5 tahun dahulu yang aku campakkan, aku cari kembali. Dan aku Tak akan Sekali-kali Lepaskan Lagi. Kerana suara itu Kehendak aku sendiri. 'Kalau bukan kau, nak diharapkan siapa lagi?' ![]() |


'Kalau bukan kau, nak diharapkan siapa lagi?'


