![]()
| Lari
Posted on Monday, November 24, 2014 @ 9:17 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
"Aku rasa macam nak pindah la.." "Kenapa pulak? Hari tu hang yang kata nak stay?" "Nak lari..." ![]() Jiwa kembali meracau Terlalu mudah untuk hatiku berbolak-balik Keliru Entah daripada siapa aku hendak melarikan diri
Semakin lama..
Aku semakin jauh daripada landasan yang sebenar
Seolah-olah aku seperti tiada pendirian dari awal lagi
Aku mahu melarikan diri daripada semua masalah
daripada segala bebanan yang tertanggung
daripada mereka yang aku tidak mahu bersua lagi
Aku mahu membuka muka surat baharu
Aku mahu mencampakkan cerita usang dahuluDan aku mahukan orang baharu dalam hidupku. Tetapi Apakah itu semua bakal berlaku? Adakah semudah itu? Sahabatku meneruskan bicaranya Tiba-tiba kata-kata sahabatku telah membawa kupulang ke alam nyata. . . . Ohh.. Kau mendengar rupa-rupanya selama ini. Secara spontan, Suatu semangat tertanam dengan sendirinya 'Aku AKAN jadi seorang pelajar cemerlang dalam sekolah ni' ![]() "Aku pegang kata-kata hang. Biarlah kita menonjol dalam suasana yang tak hebat" Benar. Benar sekali apa yang dikatakan. Kelakar, Bagaimana boleh aku lupakan kata-kata itu? ![]() |


"Aku pegang kata-kata hang. Biarlah kita menonjol dalam suasana yang tak hebat"


