Dipilih
Posted on Sunday, September 20, 2015 @ 9:02 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum







Dulu, jiwa aku pernah meronta untuk lari

Lari daripada segala masalah, segala keresahan.


Pernah, aku putus asa.

Aku rasa diri aku ini tidak layak
untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar bergelar BADAR.

Tugas BADAR bukan tugas yang remeh-temeh, tahu?
Tugasnya amat besar kerana ia menyeluruh.

Bukan tempatnya di surau sahaja. Bahkan di seluruh kawasan, tiada tempat khusus.
Kerana tugas amar ma'ruf nahi mungkar itu bukan sahaja di surau, di sekolah, tetapi di seluruh pelosok dunia.







Aku pernah menyuarakan hasrat hatiku,

Aku ingin berhenti.
Berhenti bergelar seorang ahli BADAR.

Namun, permohonan aku tidak diterima

Dikatakan: "Kamu diperlukan dalam organisasi ini"





Sungguh, aku berasa tidak layak. Aku telah bermuhasabah, apa sangatlah jasa aku dalam BADAR ni? Aku telah meninggalkan beribu amanah yang sepatutnya aku laksanakan. Aku juga seorang yang melanggar peraturan. Sungguh aku berasa aku sangat tidak layak.

Tetapi diberitahu kawanku; "kau punya banyak jasa dalam organisasi ini."

Aku buntu, tetapi aku teruskan jua. Memegang status BADAR.








Hari berganti hari,
Allah memilih aku sebagai salah seorang yang akan mengikuti program Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Peringkat Kebangsaan.

Sungguh, aku rasa aku tidak layak.




Aku berjumpa dengan pelbagai orang yang hebat
Aku belajar pelbagai benda baharu
Aku belajar bagaimana menjadi seorang BADAR yang hebat
Aku belajar untuk tidak berputus asa
Kesemuanya tidak dapat diungkap. Aku berasa sangat beruntung


Aku pulang dengan semangat baharu
Untuk mengubah persepsi pelajar sekolahku terhadap BADAR
Dengan semangat, BADAR SMSKB bergerak dengan aktif & dipandang hebat
Semangat untuk mengubah BADAR yang lama kepada yang baharu.







Masa pantas berlalu pergi, telah tiba semester 2, di mana Majlis Tertinggi Tingkatan 5 akan meletakkan jawatan mereka untuk disandang oleh bakal-bakal MT.



Dan aku dicalonkan sebagai pemikul amanah seterusnya.

Title Penolong Ketua BADAR amatlah tidak layak untuk aku pegang.
Hanya Allah tahu betapa hinanya aku.


Namun, dengan persetujuan ramai.. aku tiada pilihan.

Lantas aku teringat akan Saidina Ali yang terpaksa memikul amanah sebagai khalifah dengan keadaan umat yang haru-biru.

Jikalau beliau sanggup memikul tugas itu demi umat, mengapa tidak aku?

Demi warga sekolahku yang tidak kurang juga bukan dalam keadaan yang stabil.

Demi umat Nabi Muhammad SAW,

aku relakan.






Dan ya, sungguh benar apa yang dikatakan.


Pilihan Allah itu tidak pernah salah.






"Jawatan sebenarnya satu tarbiyah"