Warna
Posted on Wednesday, November 25, 2015 @ 11:50 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum





Hidup memang penuh dengan cabaran
Penuh dengan mehnah dunia
Penuh ujian daripada Allah Taala

Kenapa perlunya ada semua tu dalam hidup sedangkan kita lebih bahagia sekiranya gembira sepanjang masa?


Kerana,

Antara potrait hitam putih dengan yang berwarna-warni,
yang mana lebih cantik?

Bayangkan, sekiranya seluruh dunia ni hanya berwarnakan hitam dan putih.
Tidakkah bosan dan malap?

Dibandingkan dengan pemandangan yang beraneka warna yang menarik?


Begitulah kehidupan.

Dan ujian-ujian yang datang daripada Allah Taala itulah variasi warna kehidupan kita.

Agar kehidupan lebih indah.