Bukan Kehendak
Posted on Monday, December 7, 2015 @ 10:35 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum






"Kenapa.. dalam banyak-banyak orang yang lebih berkelayakan, aku yang dipilih?"



"Jawapannya mudah.
Aturan Allah itu rahsia tetapi sentiasa tepat"


"Tiada satu pun yang Dia takdirkan, tanpa selitan hikmah. Segalanya tersirat.


Kau patut berasa sangat beruntung. Kerana dari lembah kegelapan Dia tarik kau ke arah cahaya penunjuk jalan.


Kehidupan kau tidak seperti kanak-kanak lain, tidak seperti remaja-remaja lain. Mereka lebih sempurna. Tetapi saja kau tetap tabah. Jarang sekali mengalirkan air mata di khalayak ramai, Bahkan di hapadan sahabat kau sendiri.


Allah mentakdirkan hidup kau begini, kerana apa?
Kerana sayang.



Dalam beribu-ribu dugaan yang kau tempuhi, tidak semua orang mampu hadapi. Allah datangkan semua ini sewaktu usia kau masih muda sebagai latihan, persiapan, agar dewasa nanti kau boleh berdiri di atas kaki sendiri, jiwa kental tetap tabah.



Bukan kehendak kau. Tetapi sudah namanya hamba, perintah-Nya laksanakanlah,
Agar bisa hidup bahagia dirahmati Allah. Bukankah tujuan hidup kita di dunia untuk mencari mardhatillah?"







Dan aku belajar...
Pergantungan itu jangan diharapkan pada manusia kerana manusia itu sifatnya lemah.Sedangkan Allah itu sifat-Nya Al-Jabbar.



Monolog hati.