Hilang
Posted on Wednesday, March 1, 2017 @ 2:10 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Hidup di atas bumi yang namanya hamba ni, biasalah bila iman turun naik.
Itu memang lumrah bagi makhluk namanya manusia. Muslim.
Sekiranya kita malaikat, memang tak perlu susah payah pun. Seronok kan? Kalau ditakdirkan kita ni asal-asalnya dicipta sebagai malaikat..

Semuanya mudah.
Nak taat perintah Allah mudah.
Nak beribadat mudah.
Nak lawan syaitan mudah.
Bukannya ada nafsu pun.
Mudah sangat sangat kan?

Ya, sangatlah mudah.


Tapi, pernah terdetik tak? Kenapa Allah jadikan kita ni manusia? Bukankah Allah SWT sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk seluruh ciptaan-Nya? Jadi, kenapa mesti kita dijadikan sebagai manusia?

Kerana manusia ni, banyak kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

Manusia ni, apa apa pun boleh jadi.

Kalau nafsu menguasai diri, agama ditolak tepi, syaitanlah jadinya manusia ni.

Kalau iman dan agama diutamakan, godaan syaitan dan nafsu dapat diperangi, bahkan, manusia boleh jadi makhluk yang paling mulia antara semua.

Hebat kan?



Hah, sudah.. tak bangga jadi manusia?

Tapi berbanggalah sekiranya kita menjadi manusia yang taat akan perintah Allah SWT.





Memang bukan mudah pun. Susah. Susah sangat sangat.
Siapa yang kata mudah? Cuma orang tertentu saja macam tu..

Kita ni biasa biasa..

Iman menggelongsor bawah tanah tu selalu sangat. Naik tinggi langit jarang jarang.



Lagi lagi aku.









Memang
 di mata orang lain, pakai tudung labuh, handsocks menutupi lengan, stoking menutupi seluruh kaki, baju seluar longgar, labuh.

Orang fikir, yang tertutup sempurna di luar, sempurna juga di dalam.

Itu bukan salah mereka. Bukannya salah fikir yang baik baik pasal orang lain. Yang salahnya diri sendiri. Hati sendiri, tak dapat nak kawal sendiri. Ada akal, tak mampu nak guna baik baik. Iman, hmm.. entah ka ada entah ka tidak.


Pernah tak dengar?
Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)

Pernah tak kita terfikir.. bila nak mencegah kemungkaran dengan hati pun dikira selemah-lemah iman. Macam mana pulak bila kemungkaran tu tak dapat kita cegah? Masihkah ada iman kita saat itu?



Sedih kan? Iman kita sendiri tak dapat kita jaga. Sedihnya Nabi SAW tengok kita umat Baginda. Sedih lagi Baginda tengok aku. Hanyut entah ke mana. Lamanya menghilang. Sesekali tersedar. Tapi, Allah.. sekejapnya. Lepas tu hilang lagi.






Inilah dugaan sebenar untuk aku.



Dulu, duduk sekolah, semuanya diatur. Nak buat benda terlarang susah jugak. Terpaksa jugak ikut jadual. Tapi paksaan itulah yang menjadi sebenarnya. Dapat mendidik diri dengan disiplin. Sebabnya, dikawal.

Bila di rumah, sorang sorang diri kenalah pandai pandai disiplinkan diri.



Engkau tau?

Aku ni daripada keluarga yang biasa biasa. Bukan daripada keluarga yang alim ulama'. Kami pulak jenis buat hal masing-masing. Jadi, masing-masing, pandai-pandailah jaga diri sendiri. Dah dewasa kan.


Itu aku tau. Tapi tau saja. Usahanya tidak.





Aku ni orangnya diam diam cepat putus asa. Putus asa dalam diam. Perlahan-lahan semangat semakin hilang.. Semangat yang dulu dibina pun nampaknya sudah runtuh keseluruhannya. Tapi, yang ini orang tak nampak. Hahaha.. Mungkin muka ni luarannya nampak macam sentiasa kuat agaknya. Mungkinlah. Alhamdulillah, ini satu anugerah Allah untuk aku.


Positive thoughts tu ada. Rasanya sentiasa ada. Tapi most of the time dia seiring dengan semangat. Bila semangat dan keyakinan semakin pudar, pudar jugaklah segala positive aku.

Bila semuanya hilang, aku rasa diri aku teruk. Tak guna. Selalunya aku salahkan diri sendiri lah. Kenapa pulak nak salahkan orang lain ataupun keadaan sekeliling ataupun masa ataupun takdir.


Sejujurnya aku tak suka menangis depan orang. Ataupun menangis sikit pun walaupun takda orang. Rasa macam lemahnyaaa aku ni.


Tapi kalau dah menangis tu satu satunya cara yang dapat legakan hati tanpa perlu bersuara bercerita kepada orang lain, apa salahnya.



Lagi lagi bila aku tersedar akan hakikat aku yang sebenar. Dibandingkan dengan orang orang yang sedang sibuk berjuang berjihad fisabilillah. Jauhnya wallahi. Apa lah sangat bekal aku ada? Entah entah hilang dah pun. Tak da apa yang tinggal. Apa boleh aku buat? Merayu? Meronta? Mohon ya Allah ampunkan aku..



Dalam mimpilah.
















Allahurobbi.




Aku bersyukur engkau masih beri hidayah kepada aku.


Walau aku berjuta kali menghampakan Engkau.






Tapi jujur aku cakap, aku tak kuat sorang sorang.






Sebab tu kalau boleh, aku tak nak pun duduk rumah lama lama. Aku cuma ada diri aku. Aku tau Engkau sentiasa ada ya Allah. Tapi tanpa seseorang manusia yang berpesan untuk mengingatkan aku kepada-Mu, sungguh, sangat sukar.



Ya Allah Yang Maha Mendengar,
Engkau berikanlah aku kekuatan, yang tanpa pergantungan daripada manusia sentiasa, aku dapat teguh berdiri dengan kaki sendiri. Untuk sementara ini, ya Allah Yang Maha Mengasihani.