Jangan
Posted on Wednesday, November 29, 2017 @ 10:27 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum






Pernah kan, suatu masa kita terasa diri kita ni tak guna?









Wallahi aku pernah.



Bukan sekali dua





Bahkan berpuluh-puluh kali.





Aku masih ingat, saat hebatnya ujian menimpa aku;

ketika aku memegang tanggungjawab yang maha berat di tingkatan lima.

Tugas sebagai seorang ketua itu bukan tugas yang remeh




Sungguh, berkali-kali aku merasakan aku tidak layak
Bahkan tidak membantu
Tidak dapat jadi seperti kakak-kakak dahulunya


Mereka hebat. Sangat hebat.



Aku?



Aku tak dapat pun nak menunjukkan contoh yang terbaik.

Mungkin saja kurang tarbiyah pada diri.



Tetapi iyalah,

Aku dahulu, hanya mengharapkan diri sendiri dan Allah..


Aku tidak punya rujukan sumber kekuatan selain Allah.
Sahabat-sahabatku tidak semuanya mengerti.
kerana itu mereka tidak dapat menghulurkan pertolongan yang aku perlukan.


Benar, Allah itu sumber kekuatan. Cukuplah hanya Allah saja.

Tetapi, tanpa bimbingan dan peringatan daripada orang terdekat, kita manusia, akan terlupa juga.


Bukankah manusia itu sifatnya pelupa?





Sungguh, tidak dapat aku nafikan betapa hebatnya ujian ketika itu.


Pertarungan antara iman yang menginginkan Allah dan bisikan syaitan yang menarik aku berputus asa.






Dan ketika itu aku seorang diri menghadapi semuanya sendiri. Tiada tempat untuk aku mengadu kecuali Allah. Sesaknya hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang tahu.
Deritanya hanya aku dan Allah yang memahami.



Dengan tentangan mereka yang menentang,
dengan ketidakpuasan orang terdekat,
dengan tekanan menghadapi perperiksaan besar,
dengan keletihan menguruskan tanggungjawab.






ya, aku pernah berputus asa.

Ketika itu.





Aku putus asa.








Tetapi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya,

Dia berikan aku kekuatan.

Untuk mengharungi semuanya, dengan kehadiran insan-insan yang dipilih Allah.




Syukurnya aku tidak dapat diungkapkan.
Terharunya aku, Allah memberiku jalan.







Dan aku mengerti asbab aku diuji sebegitu.
Tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk membentuk Mahfuzah yang tabah, yang kuat, yang kental.




Aku mengerti. Sangat mengerti tujuan-Nya.

Sejak dari kecil aku diuji dan aku mengerti niat-Nya.


Sungguh, ujian menimpaku sejak dari kecil.




Allah SWT sedang melatih dan mengajar aku, sejak aku masih kecil... :)




Dan hari ini kau mulai rasa lemah.

Hati kau sudah mulai berjinak-jinak untuk mengenal putus asa.









Masihkah kau ingat?

Dilatih hati kau ini, wahai Mahfuzah, sejak kecil, supaya menjadi tabah.
Tabah yang sebenar-benar tabah.






Maka, jangan. Sekali-kali jangan, mengajar hati sendiri untuk belajar menjadi lemah.

Sedangkan Allah sedang mengajar untuk membina hati yang kuat lagi tabah.






Jangan


Jangan sekali-kali kau berputus asa!




"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"   [Yusuf: 87]