![]()
| Kehendak
Posted on Friday, November 3, 2017 @ 12:44 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
![]()
Aku dapat rasakan
satu per satu
soalanku dijawab
![]()
Aku perasan, sejak sekolah lagi
langkahku mula dipimpin oleh Allah SWT
Daripada sekolah harian, dimasukkan ke dalam sekolah berasrama penuh.
Yang mana, sekolah tu sangat menjaga nilai-nilai islam
Dan perlahan-lahan, aku mula tertarik.
Aku mula berubah.
Aku cuba berubah.
Untuk menjadi hamba-Nya yang baik.
Kerana aku sedar akan jahiliyyah aku dahulu.
Mana mungkin aku mahu berpatah balik
Ini kehendak hatiku.
Aku tidak mahu berpatah balik.
Kerana aku tahu rasa peritnya.
Rasa yang dipenuhi kegelapan.
Semakin hari, dan semakin tahun,
Allah memilihku lagi,
Untuk memimpin; untuk menjadi seorang pemimpin (?)
Memimpin? Apa yang aku tahu perihal seorang pemimpin?
Untuk menjadi seorang pemimpin?
Sebolehnya aku mahu menolak.
Tetapi Allah lebih Mengetahui.
Apa yang aku tidak tahu
Terselit hikmah, dengan asbab aku dipilih
Untuk menjadi seorang pemimpin
Kerana Allah mahu, aku memperbaiki diri,
menjadi yang lebih baik.
Saat aku memegang tanggungjawab itu, usah ditanya,
betapa banyaknya keperitannya.
Keperitan yang aku rasa seperti tidak sanggup lagi untuk merasainya buat kedua kalinya.
Aku sakit. Aku koyak.
Air mata yang menitis tidak terhitung
Ujiannya berat.
Hati sentiasa resah. Badan sering penat.
Tetapi Allah menguji kerana Allah sayang.
Dan Allah ingin menjadikan aku seorang yang hebat.
Aku sedar itu. Tetapi apalah sangat daya yang aku ada.
Sorang-sorang memang tak kuat.
Lalu aku rebah. Aku jatuh. Aku sakit.
Hilang semangatnya.
Kabur cita-citanya.
Runtuh impiannya.
Namun, yang menyentuh hatiku,
Allah itu tetap menginginkan kebaikan buatku
Diatur langkahku seterusnya
Ditemukan aku dengan mereka;
Jiwa-jiwa yang menginginkan keredhaan-Nya
Jiwa-jiwa yang mencari Allah
Jiwa-jiwa yang mengimpikan islam tertegak semula.
Dan mereka ini tidak jemu
mengajak ummah kepada islam yang sebenar
Kerana keyakinan mereka itu tinggi
kepercayaan mereka teguh
Selagi mana Allah ada, pertolongan-Nya dekat.
Jalinan ukhuwwah mereka, berlandaskan iman dan taqwa.
Segala apa yang mereka ada; mereka infaqkan, semuanya
Lillahita'ala.
Hidup mereka dilimpahi barokah.
Kagum melihatnya
Dengan sendirinya
Semangatku yang dahulu hilang,
kutemui
Cita-citaku yang dahulu kabur,
kembali jelas
Impianku yang dahulu runtuh,
dibina semula
Kerana Allah menginginkanku.
Jadi aku mesti lakukan
yang terbaik.
Kerana ini untuk Allah.
Ya Allah, Engkau teguhkanlah hatiku di jalan-Mu.
Sekiranya aku hanyut, Engkau tariklah aku kembali.
Ya Allah, jangan pernah Engkau lepaskan tanganku.
![]() |




