![]()
| SUATU CERITA
Posted on Tuesday, August 14, 2018 @ 4:24 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
![]()
Ingin aku kongsikan sebuah cerita
Mungkin ini cerita biasa yang hanya mampu tertulis di atas lembaran-lembaran kertas kosong sahaja Namun, ceritanya tersangat berharga ![]()
Sebuah cerita aku disapa tarbiyyah
Sebuah cahaya yang menyinari kegelapan rongga hati
dan sebuah cahaya yang menyuluh jalan kehidupan.
Yang dahulunya aku terkapai-kapai mencari
Di manakah lorong jalan yang benar dalam kemalapan cahaya.
Ditakdirkan Allah, yang tertulis di dalam Luh Mahfuz-Nya,
ditempatkan aku di bumi bertuah pilihan-Nya untukku.
Diutusnya jiwa-jiwa pilihan, menyentuh hati hati aku yang gersang.
Setelah sekian lama.. aku tersedar, inilah rupanya jawapan-Mu untuk doa-doaku yang sekian dulu.
Yang dulu jiwa meronta-ronta memohon diberikan sekelumit bahagia untuk berada di jalan meraih redha-Nya.
Dan telahpun Dia letakkan aku di jalan itu,
Di jalan yang sepanjangnya kutemui jiwa-jiwa yang tak pernah hilang dahaga untuk menggapai cinta-Nya.
Aku belajar daripada mereka; erti islam sebenar,
erti syahadah yang benar,
erti tarbiyyah,
erti perjuangan sebenar,
erti ukhuwwah Lillah,
erti cinta yang benar..
Jikalau tidaklah kerana rahmat-Mu, tak mungkin dapat kucapai ini semua.
Allah Yang Maha Baik pilihan-Nya, teruslah memilih daku,
walau diri ini berjuta kali pernah menghampakan-Mu,
Percayalah, hatiku tak akan dapat hidup tanpa cinta-Mu.
Maka, tsabatkanlah daku hingga tercabut nyawa daripada kerongkongan,
hingga Kau meredhaiku.
Allahu Ya Rahim, tidak terungkap kalimat syukurku
buat anugerah Engkau yang satu ini
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."[Ali-Imran: 103] ![]() |


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."[Ali-Imran: 103]


