TAZKIYAH
Posted on Sunday, October 7, 2018 @ 6:45 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




"Akak, payung saya hilang.."


"Payung tu boleh dibeli, kan?"


"Tapi payung tu sentimental.. 😢"



Terus akak tu tilawah sepotong ayat alQuran.

Terkebil-kebil. Tak faham bahasa Arab.





"Cuba awak cari ayat ni. Dalam surah Al Kahfi"




Selak-selak alQuran, beberapa ketika, baru jumpa.
Bila baca maksud ayat tu, fuh, macam ada satu anak panah tertusuk di hati.
Tepat mengenai sasaran.



Cuba untuk menahan keluhan.
Cuba merelakan sesuatu kehilangan.


Sebenarnya, sejak mula-mula payung tu hilang, terngiang-ngiang akan satu cerita seorang kakak pada suatu ketika dahulu..

Kakak tu pun kehilangan sesuatu yang disayangi dan bersedih.
Hinggakan ada seseorang yang menyoalkannya; "Awak, sayang sangat ke barang tu sampaikan Allah tarik?"





Tersentap.




Allah tu sifat-Nya sangat cemburu.
Cemburu sangat kalau hamba-Nya mempunyai sesuatu yang lain yang lebih disayanginya mengatasi Allah tu sendiri. 
Hinggakan Allah terpaksa menariknya supaya kasih sayang tu dialih dan ditempatkan hanya kepada Allah semata.





Sayu.




Kerana sayang, Dia menguji.

Untuk mentazkiyahkan hati.








Hakikatnya memang susah. 

Mentazkiyah hati, bukan semudah disangka. 
Tetapi aku cuba. Untuk membersihkan daripada setiap satu kecintaan kepada dunia.
Dan moganya, Allah redha. Atas tiap-tiap usaha kecil ini.







"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." [Al Kahfi, 18:46]