![]()
| LELAH?
Posted on Friday, November 16, 2018 @ 11:23 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
![]()
Terasa punya satu perasaan
Tetapi tak tahu bagaimana mahu dinyatakan perasaan itu sebenarnya.
Berat?
Fed up?
Despair?
Down?
Xlarat?
Dah malas?
Mungkin penat?
Lelah, barangkali?
Jauh di sudut hati cuba menafikan semua itu.
Tetapi ada bagian daripada hati yang mengiyakan.
Mengiyakan bahwa, ia pernah berlaku.
Mungkin benar, ada saja rasa mahu berhenti.
Stop a while, to take a breath.
Masalahnya, mahu berhenti sekejap, selama ni berlari tak hentikah?
Tak jugak. Rasa macam berjalan ja selama ni.
Terus, untuk apa mahu berhenti untuk bernafas?
Tercungap saja tidak.
Apa sebenarnya yang kau rasakan lelah itu?
Mungkin lelah menjaga orang di sekeliling?
![]()
Namun, ada satu malam..
Yang memujuk hati sendiri.
Malam itu sebenarnya sedang mentanasuh usrahmate sendiri..
"He believes you can.
That's why He chose you at the first place.
And still choosing you till now.."
Lantas, dia menangis.
"Bila rasa susah, ingatlah kisah Musa a.s mendakwahi Firaun.
Segagap Musa, mendakwahi sejahat Firaun.
Hakikatnya susah. Tapi Allah berserta kita, kan?
Memang akan ada one day, kita akan rasa umpama bumi menghempap kita. Tetapi disebabkan kebersamaan Allah dengan tugasan-tugasan dakwah kita, kita tetap terus kukuh berdiri. Tak lesu. Tak jatuh."
Dia berikan respons positif.
Lega di hati. Namun, aku juga turut bergenang air mata.
Umpamanya aku sedang bercakap dengan diri sendiri yang sedang lelah.
Aku tersenyum sendiri.
Hakikatnya, kata-kata aku tadi, diilhamkan daripada Allah.
Sedang kata-kataku mentanasuh diriku sendiri.
Kita umpama bayi
yang sedang mengambil langkah pertama untuk berdiri, berjalan.
Kadang ia terjatuh, menangis.
Tapi ia bangun semula,
untuk berdiri semula,
untuk berjalan semula.
Hingga ia mahir, tidak jatuh lagi.
Hingga ia mahir, lantas berlari pula.
Kita, seperti itu..kan?
Jangan berhenti.
![]() |




