![]()
| BANGUN
Posted on Sunday, January 6, 2019 @ 8:34 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
![]()
Menzalimi diri sendiri.
Terlalu takut akan hasil; tugas Allah
Hingga melupakan ketakutan atas kelalaian kewajipan sendiri
Terlalu memikirkan beratnya tanggungjawab
Hingga melupakan indahnya keberhasilan pada suatu hari yang dijanjikan kelak
Tuhanku, kezaliman apakah yang telah aku timpakan ke atas diriku sendiri ini?
Penat sudah aliran air mata dikerahkan
Penat sudah hati merasakan kesesakan
Penat sudah wajah kemerahan
Mengapa tega melukakan diri sendiri?
Mengapa teganya diri melupakan janji-janji dan ayat-ayat cinta-Nya?
Ke mana hilangnya keyakinan yang dibina itu?
Ke mana hilangnya keteguhan yang dipacakkan itu?
Ke mana hilangnya cita yang diazamkan itu?
Mengapa diri hanya mementingkan tangisan mata hati sendiri
Namun, membiarkan tangisan ummah yang tidak henti-henti memanggil dan mengharapkan hasil pentarbiyyahan diri yang bakal menyelamatkan mereka nanti?
![]()
Fuzah,
Andai punya masa kau terjatuh,
Usah lama berduduk memikirkan malangnya nasib
Usah lama tertunduk menghakimi kelemahan hati dan jasadi
Seberapa lama kau mahu tetap berduduk-duduk?
Bangunlah membela diri
Bangunlah membela ummah ini
Bangunlah, hancurkan kebathilan ini
Bangunlah, menepis hasutan iblis si musuh abadi
Masa tidak pernah menunggu kamu
Masa tidak pernah memberi belas kasihan mengembalikan dirinya semata untuk kamu
Sudah berapa lama kau tertunduk bisu?
Mahukah begitu hingga tamat tempohnya?
Fuzah,
Lupakah akan janji-janji Allah?
Lupakah akan kisah-kisah perjuangan terdahulu?
Lupakah akan cita-cita Syurga kamu?
Lupakah kamu, bahwa semua ini adalah tarbiyyah daripada Allah untuk kamu?
.
.
.
.
.
Menangislah semahumu
Sebaik sahaja air mata dikesat, jalankan tugasmu.
Hingga selesai.
![]() |




