TENTANG AKU
Posted on Tuesday, January 28, 2020 @ 7:12 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




Bila duduk-duduk di rumah, teringat kisah-kisah lama dulu. Rumah ni usianya sudah 16 tahun

Seperti halnya kisah Musa,
Benar belaka, bahwa Allah menyusun perjalanan hidup kita sungguh cantik dan teliti hinggalah kita bertemu tarbiyyah.

Masih ingat lagi, saat hati pertama kali disentuh untuk meminati tudung labuh.

Sekolah rendah; ada beberapa guru ganti dari IPG yang amik kos bahasa Arab. Siapa sangka hanya dengan penampilan tudung mereka yang serba syar'ie dan ringkas, bisa menyentuh hati sebuah sosok kecil.
Dan baju kurung kawan-kawan rapat yang pergelangan baju kurung mereka tidak sesenteng aku. Lalu aku meminati pakaian labuh.
Hingga dipandang pelik oleh mak. Haha. Kata mak; "Adik bukan sekolah Arab?" but who cares haha. Kalau hati sudah cinta..

Sekolah menengah; sekolah tu sekolah baru je bukak. Jadi, ramainya kakak-kakak senior Form 4 baru dari sekolah yang berlainan. Kebanyakan mereka dari sekolah agama. Makanya, tudung-tudung mereka juga labuh sampai ke siku. Lagi sekali hati aku tertawan. Haha.
Dibelinya tudung labuh budak sekolah agama. Lagi sekali mak persoalkan dengan dialog yang sama. Kakak aku yang bersekolah di sekolah yang sama juga hairan. Haha
It's a new start. Kerana aku yang dulunya teruk ya amat. Kerana itulah mak kakak aku terkebil-kebil tengok tingkah laku aku.

Masih ingat lagi, ketika ujian datang. Dan ia punya hikmah yang baru sekarang aku nampak.
Ketika datangnya ujian masalah keluarga. Semuanya berantakan. Gaduh sana sini.
Masih ingat lagi, tatkala itu, air mata bercucuran lantaran pengharapan yang tinggi terhadap Sang Pencipta. Kekhusyukannya tidak terungkap. Baru kusedar, aku pernah merasai lazatnya kekhusyukan solat. Manisnya saat seorang hamba merintih meminta-minta kepada Tuhannya.
Indahnya saat datangnya keresahan-keresahan hati, hati berdoa dengan doa yang tulus kepada Sang Rabb.

Ah, baru tersedar. Aku pernah merasai kemanisan-kemanisan dalam beribadat rupanya.

Ada satu masa, sedang aku mencari cebis-cebis coretan berunsurkan islamik di blog-blog, terjumpa beberapa blog yang menceritakan kisah mereka dengan islam. Lalu di situ aku bertemu dengan nama "usrah" dan cerita-cerita sosok manusia yang berusrah atau yang hidup dengan islam.
Tercari-cari pulak apa itu usrah? Kayak apa usrah itu?

Hingga bertemu seseorang yang meng-offer usrah tapi secara online di Facebook. Haha kelakar.
Di situ, bertemu pelbagai sosok muslimah yang inginkan kebaikan dari serata tempat walau latar belakangnya bukanlah islamik pun. Ia bukanlah usrah yang seperti sekarang, "usrah"nya biasa-biasa saja tapi dari situ aku bertemu dengan maksud ukhuwwah kerana saudara seislam. Hingga ada antara mereka yang sanggup mengepos hadiah, menghantar kad birthday malah ada yang sempat kami bertemu, susah-susah kakak tu datang sekolah. Menarik, bukan?

Tak tahu kenapa, hati sangat tertarik dengan kakak-kakak yang baik lagi-lagi yang islamik. Auranya rasa lain macam. Masa Lower form dulu, rapat sangat dengan kakak dorm (kakak Form 5 lah selalunya).
Tapi bila semakin tahun semakin dah tak adik sangat (haha), terasa aku pulaklah nak jadi sosok macam tu; kakak yang baik dan islamik. (konon-konon je islamik haha brutal je).
Rapat pulak dengan beberapa adik junior, and tak sangka pulak ramai adik yang selesa dan tak kurang jugak yang malu-malu dengan aku (haha dah kenapaaalahh)

Ada satu peristiwa, Allah mentarbiyyah; dilantiknya aku jadi Timbalan Presiden BADAR.
And fun facts: masa tu aku dah tak innocent, dah banyak kejahatan yang aku dah buat, rules yang dah dilanggar dan disaksikan oleh rakan-rakan dan adik-adik (aduh memburukkan rekod sendiri). Dan masa tu rasa yang MAHA TAK LAYAK membuak-buak.
Ya Allahh, aku tak baikkk sangat macam kakak-kakak Penolong Ketua BADAR yang dulu-dulu. Kakak-kakak tu dulu ikonnn sangat kepada adik-adik ni ha. Akhlaknya, tutur bicaranya, amalnya, ibadahnya dan disiplinnya. Wallahi jauh benar dengan aku.

Dan Allah tu nak mentarbiyyah aku. Aku tetap dipilih. Dan macam-macam ujian Allah menguji untuk membersihkan dan mengajarkan.

Sekolah tu baru je lagi nak prioritisekan sistem BADAR. Jadi, masa tu kakak-kakak BADAR ni tak ada guidance pun daripada ustaz ustazah. Sebab itu, sistemnya bercelaru. Dan aku punya satu misi, untuk improvise sistem BADAR di sekolah tu. Tapi sayangnya, akhlak aku sendiri tak nak diusahakan untuk ubah dulu sampailah ada satu peristiwa jugak Allah mendidik; dikritik oleh kawan rapat.
Pernah la jadi seseorang yang benak fikirannya tidak sunyi daripada memikirkan hal-hal "ummah" ni (ummahnye budak-budak sekolah tuu). Tapi hal-hal yang remeh je la sebab masa tu tak tahu lagi the true remedy untuk mengubati ummah ni.

Dan bila datangnya masa yang sangat sesak disebabkan bekerja sendiri (tiada guidance:murobbi, dan tiada support system:usrahmates) rasa sangat-sangatlah bergantung kepada Allah. Ya Allah, tunjukkanlah jalan.

Teringat pulak masa baru bukak sekolah Tahun 2016 masa tu baru naik Form 5, kakak Timbalan Presiden BADAR yang tahun lepas tinggalkan satu note di celah-celah rak al-Quran di surau. Adik junior yang jumpa, lantas diberinya kepada aku. Yang tertulis lebih kurang; dia percayakan aku boleh pikul tugas tu. Ahahaha macam drama touching kan. Tapi touching sangat la macam nak nangis je.
Masa Form 5 tu jugak, bila terjumpa dengan bekas Timbalan Presiden BADAR untuk 2 tahun yang lepas (masa tu aku Form 3), bila dia tahu aku yang menyambung tugas tu, dia cakap; dia dah agak yang akulah yang dipilih dan dia senyum.
Tapi perasaan tak layak tu sentiasa je ada bersarang di hati.

Dan banyak je lagi kisah-kisah yang mungkin telah sengaja atau tidak sengaja dilupakan. Kisah-kisah persiapan Allah untuk memikul tugas dalam jalan DnT ni.

Setahun yang lepas, masa tengah daurah intensif, sorang akhowat tu kupas tentang kisah Musa a.s bilamana Allah throwback kisah Musa a.s ketika bayi dan bagaimana Allah menyusun dengan persiapan yang cantik supaya bila Musa a.s nanti besar menjadi pembawa risalah, begitulah Allah telah dan tengah buat dengan hidup kita. Persiapan demi persiapan.

Dan hari ni baru teringat balik cerita-cerita dulu.
Dan aku mengiyakan. Sadaqallahul 'azim.