MEMBERI
Posted on Tuesday, February 4, 2020 @ 7:14 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum






Ada sorang murobbi dulu pernah selalu memesan



"Kita di jalan ini; untuk memberi. Bukannya menerima"


Dan menjadi halwa telinga aku kata-kata itu diulang-ulang.

Hingga bermain-main di benak fikiranku.

As time goes by,
Tanggapanku rupanya silap
Mengenangkan aku telah cukup memberi dan penat untuk memberi (fed up) atas beberapa perkara Allah uji.

Tanpa aku tersedar, tanggapan itu tercalit lantaran masih punya rasa mahu menerima.

Aku silap besar atas tanggapan aku sendiri.

Ternyata sebenarnya aku belum cukup memberi.

Tak pernah cukup.

Lantaran itu, layakkah untuk 'fed up' hinggap pada hati walau sesaat?

Tak.
Tak layak.
Takkan pernah layak.
Kerana aku sampai bila pun takkan cukup memberi.

Kerana aku tak sempurna.
Dan takkan sempurna.

Oleh itu, jangan berhenti.
Tolonglah, jangan pernah berhenti!