Diari
Posted on Sunday, April 26, 2020 @ 4:55 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Mulai hari ni, blog ni menjadi medium diari aku menulis bait-bait kisah hidupku bersama Dakwah dan Tarbiyyah.

Telah banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir 3 tahun ditarbiyyah.

Bahkan, ketakutan aku yang pernah aku ungkapkan dahulu, menjadi kenyataan sekarang yang perlu aku hadapi.

Dan hakikatnya, memang akan aku hadapi juga macam mana pun. Kerna hidup ini bukan hidupan di Syurga yang bisa bersenang lenang tidak punya ujian yang Allah uji.


Ketakutan apa itu?



Takut di-bash orang.
Haha.



Kena bash sebab buat kebaikan.

Disebabkan kita mengajak kepada kebaikan, di-bash-nya kita, emm...aku.


Pernah dulu taknak involve dengan apa-apa yang berkait dengan jadi seseorang yang buat amar makruf nahi mungkar. Aku pernah luahkan rasa aku yang ini kepada kawan aku,
dan ada beberapa patah kata daripada dia yang membuat aku menyesal pulak aku cakap macam tu sebelumnya.

Tak ingat dia cakap apa, tapi, ia sangat memberkas. Yang lebih kurang macam, kan benda tu benda baik, tak payah la nak elak-elak. Kalau dah dapat, terima je la.
Something like that.


Betul je apa yang dia cakap.
And aku berterima kasih sangat pada dia yang mengucapkan kata-kata tu,




Hari ni, ada satu kejadian yang agak mencucuk-cucuk hati aku.

Mestilah ia melibatkan kerja-kerja dakwah kalau dah dalam jalan D&T ni.

Nak tahu apa?

Dakwah family.
Haha.


Memang ah kan.. mahu tak dicucuk-cucuknya hati kalau dakwah kita tu ada yang kritik/tolak/perlekehkan or whatsoever yang adik-beradik kepada tidak terima ia dengan lapang dada.


Sedih tu sedih la.
Kena bash kot. Dengan family sendiri.
Rasa dicucuk-cucuk tu sampai hampir melemahkan azam, tekad dan semangat aku nak meneruskan lagi kerja-kerja dakwah aku kepada family.

Tapi bila teringatkan kisah-kisah Nabi terdahulu macam mana mereka diuji, berganda lagi dahsyat.
Bahkan, aku, baru permulaan ni. Baru percubaan.

Hakikatnya, inilah liku-liku jalan dakwah. Akan ada je yang menentang. Baik mereka yang paling dekat mahupun yang paling jauh.
Dan hidayah tu hanyalah milik Allah satu-satunya.
Moga-moga Allah sudi menganugerahkan hidayah dan taufik-Nya kepada orang sekeliling aku.


Bila jadi macam ni, hati sedih, cuba je la motivate diri sendiri supaya tak sedih, supaya alah lek-lek je lahh.. tapi hampir-hampir gak nak nangis. Biase lahh, budak baruu lagi dalam liku-liku jalan dakwah ni haha. Tak pernah kena tentang dahsyat-dahsyat lagi, ginilahh~

But you know what, the best part is, bila hati sedih macam ni, bila dengar ayat-ayat al-Quran, subhanAllahh, bestttt sangat. Rasa sangat it soothes my heart

Huu~ Nak nangis... Nangis terharu.
Terharu dengan Allah
Touching dengan Allah.


Sebab tu lah kot eh wujudnya liku-liku ni supaya feeling dengan ayat-ayat Al-Quran lagiiii meresap ke dalam hati.


Eh pastu pastu lupa pulak,
Ngadu kat murobbi sebab secara tiba-tiba tepat pada masa pulak dia tanya tengah buat apa tu
Aku pun mengadu la pasal ni~
Pastu murobbi bagi motivation huhuuu nak nangis gakkkk. Touching~


Dah la, tak larat nak fikir dah nak tulis apa lagi. Nak cerita kisah hati sedih je.


Sekian, hati yang sedih insyaAllah sedang kembali pulih.

26/4/20