![]()
| UMMATI
Posted on Sunday, April 28, 2019 @ 8:35 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim Assalamu'alaikum
Hari minggu ni Mega Projek Koko. Berat sangat nak pergi. Rasa macam kalaauuuuu laa boleh taknak pun pergi. Tapi terpaksalah pergi. Dengan hati yang separuh rela separuh tak, mencari-cari apalah tarbiyyah yang Allah nak bagi masa kat sana nanti. Dalam setengah jam perjalanan, sampai ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, tempat mega projek kami. Mula-mula masuk, nampak para penghuninya di kantin tengah makan tengah hari. First impression, muka diorang semua macam scary...creepy.. Ye lah, mindset kita terhadap gelandangan kan, memang macam tu. Masa buat aktiviti, rasa kosong. Senyuman lebar yang diukir semata-mata nak jaga hati para penghuni je. Sampai lah slot bagi pakaian, kit pembersihan dan nombor giliran potong rambut kepada mereka. Masa tu tengah amati permandangan kat situ. Tiba-tiba seorang kawan merapati di sisi. Dia pun cakap, "Bila tengok diorang, rasa bersyukur ada makanan, ada tempat tidur, dapat (nikmat) sihat pun..." Terdiam kat situ. Pemikiran yang tadi melayang-layang tiba-tiba tertumpu pada satu arah je. Kehidupan dekat situ. Sesekali aku pandang dia; Sushmeeta. A girl mixed Chinese-Indian. Betul. Bahkan banyak lagi nikmat yang tak terungkap. Aku laju mengangguk. Betul sangat. Menyentuh. Kata-kata daripada seorang yang bukan beragama islam. Itulah tarbiyyah yang aku tercari-cari masa program tu. Dan Allah hadirkan. It's amazing how a non-muslim girl boleh terbagi tazkirah kepada a muslim girl. Yang menyedarkan muslim girl tu untuk mengingati hakikat dunia yang tak berkekalan. Yang tidak punya harga pun. Yang semua ni sementara; kesenangan yang ada ni. Dan mengingatkan bahawa semua kita ada ni pinjaman semata. Bila-bila masa boleh dicabut. Namun, sempat lagi kita kufur nikmat. Lupa untuk bersyukur. But that's how it is. Tarbiyyah tu ada di mana-mana. Cuma perlu pandang dengan mata hati. ![]() Sedang mengelamun pasal kehidupan dekat situ, Ada makcik yang baru usai ambik baju di meja kaunter, dia duduk dekat kerusi batu yang berdekatan. Terpandang makcik tu tengah bersembang-sembang dengan kawan-kawan yang lain. "Ada yang ni pun bersyukur sangat tau. Daripada takde. Apa yang ada, bersyukur!" makcik tu cakap. Allahu. Di sebalik kata-kata tu, punya seribu satu kisah hidup mereka hadapi. Kesemua mereka di situ. Apabila ditanya tentang apa yang berlaku kepada mereka, kisah silam mereka, pelbagai cerita kami dengar. Seringkali, setiap kali ada beberapa orang yang lalu di hadapan kami, setelah menerima sumbangan yang serba dhaif yang kami sediakan, mereka berpesan; "Dik, belajar rajin-rajin. Nanti berjaya, tolong mak ayah," Aku mengangguk tersenyum. Sambil-sambil tahan air mata. Bukan daripada nasihat yang mereka beri tu, tapi daripada insan-insan yang melontarkan pesanan nasihat tu. Kata-kata mereka itu semuanya berdasarkan kisah hidup mereka. Bait-bait lagu yang mereka nyanyikan, aku perhati. Kebanyakannya menggambarkan perasaan mereka sendiri, kisah hidup mereka sendiri. Ibarat bunga yang sedang layu. Tanpa islam di hati yang membugarkan kelopak semangat. Hidup terasa sempit. Tanpa hati yang lapang mengingati Allah. Ditindas kezaliman sistem. Ummati. Hidup tanpa khalifah. Hampir 100 tahun. ![]() |



