EIDUL FITRI DAN PERANG AHZAB
Posted on Tuesday, June 4, 2019 @ 4:08 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




Eidul Fitri dan Perang Ahzab.


Berangkat sudah Ramadan. Dan tiba sudah Syawal.

Ternyata.. Sebulan itu suatu tempoh yang sangat singkat, bukan?



Malam ni 1 Syawal. Tapi aku tak rasa pun seronok nak raya.

Alasannya, bukanlah seperti orang lain yang menjadikan peperiksaan akhir sebagai penghadang kegembiraan..

Tapi aku terkesan dengan kisah Perang Ahzab tu sendiri.

Teringat dekat satu post yang ahowat tu share.


"Perang Ahzab tu sendiri sebenarnya merupakan peperangan antara orang islam dengan diri mereka sendiri.

Yang akhirnya kemenangan yang mereka dapatkan pun adalah kemenangan jiwa.

Bilamana kebenaran keimanan mereka yang menentukan golongan mana yang mereka jadi in the end of the perang.

Kalau ingat balik, perang ahzab ni akhirnya tak jadi pun sebab Allah hantar taufan sampaikan orang-orang kafir patah balik.Tapi lepas je perang Allah sebut satu-satu golongan yang timbul disebabkan oleh ujian yang Allah bagi. Sebab masa ni semua orang tak dapat lagi dah nak pretend keimanan mereka.

Dalam takbir raya sebut perang ahzab sebab perang tu significantnya is kemenangan jiwa tu.

Samalah macam waktu kita puasa. Walau kita berjaya je puasa 30 hari, qiam hari-hari, masjid hopping 10-20 buah masjid, khatam berkali-kali, tapi sejauh mana keimanan kita pada Allah tu memang betul-betul benar dan ikhlas sehinggakan kita dapat keluar dari ramadan ni sebagai orang yang menang jiwanya.

Sebab peperangan paling besar adalah peperangan antara kita dengan diri kita sendiri😢"



Yang aku kesalkan sekarang ni..

Kalau aku tak dapat kemenangan jiwa tu,

Layakkah aku dapat Eidul Fitri?


"Iaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.

Di situlah diuji orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dasyat.

Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang hatinya berpenyakit berkata, "Yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami hanya tipu daya belaka."

[Al-Ahzab: 10-12]

Menangis.