Turun padang mentadabburi ummat
Posted on Friday, October 20, 2023 @ 1:50 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Umat ini punya semangat yang tinggi dan kesediaan yang tidak kurang hebatnya. Hanya sanya semangat mereka ini perlu dihalakan kepada toriq amal yang benar.

Umat ini masih punya semangat juang. Mungkin semangat juang mereka ini bermusim, tetapi kerana itulah kita ingin umat ini ditarbiyah dengan tarbiyah imaniyah agar semangat ini berterusan hingga Allah datangkan kemenangan.

Memetik kata-kata himmah dari Asy-Syahid Syeikh Imam Hassan Al-Banna:

“Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah SWT berfirman: "Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka takutkan terhadap diri mereka," (Al-Qasas: 5-6)
— Risalah Muktamar Kelima

20.10.2023
Turun padang mentadabburi ummat.
Solidariti Palestin.