AL-FALAQ
Posted on Sunday, December 4, 2022 @ 7:43 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




“Apa al-falaq yang paling korang takut?”, borak-borak lepas usrah semalam.

Tapi aku sendiri yang mula untuk bagi jawapan — air dan kegelapan.

Takut gelap tapi bukan takut malam. Malam kadang boleh terasa indah walau dalam kegelapan sebab ada bintang yang menyinari. Tapi kegelapan yang gelap takde secebis cahaya pun. Dzulumat.

Paling takut dengan kegelapan. Kegelapan jahiliyyah, kegelapan hati tanpa nur Al-Qur’an.. tanpa sedikit pun cahaya berjaya menembusi hati.

Takutnya hidup dalam kegelapan, bila hulurkan tangan untuk pinta bimbingan, kalau ada yang menyambut tangan, taktahu siapakah gerangannya. Orang solehkah? Syaitankah? Dipimpinnya gerangan yang tidak dikenali itu, tapi kita turuti saja dek kerana pekatnya kegelapan, tidak nampak, tapi kita perlu untuk dibimbing. Akhirnya jatuh ke dalam gaung yang gelap. Kegelapan atas kegelapan atas kegelapan. Walhal kita terasa sudah dibimbing..

Paling takut, kegelapan masa depan akhirat.

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” [Asy-Syuura, 42: 52]

Ya Tuhanku, Engkau telah mengeluarkan daku dari gelap kepada cahaya terang, maka janganlah Engkau membuatkanku cenderung kembali kepada kegelapan.