A MILLION DREAMS
Posted on Friday, May 5, 2023 @ 7:49 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum





Diingatkan Allah dengan satu soalan ringkas seorang adik malam semalam; "Kenapa akak sambung belajar?"

Soalan yang ringkas tapi cukup untuk rasa tersentak lantas mentajdid kembali niat. Kerana apa akhirnya aku di jalan yang ini. Kerana ada keperluan yang menuntut. Untuk menjadi rujukan mereka yang ingin merujuk hal yang mereka tidak pakar, akan kompleksnya sebuah jiwa manusia.

"Akak fikir sampai macam tu sekali eh?" Lagi soalan yang buat aku sebenarnya tertunduk malu. Mungkin dia fikir fikiran kita hebat tetapi jauh sekali.. ada masa-masa kita tertipu dengan kemegahan dunia.

"Manusia ni complex. Tak ada fix template. Kita kena sentiasa berhati-hati dalam mendidik dan handle mereka," kata pensyarah tempoh hari. Makna kata 'hati-hati' cukup besar bagi seorang yang cinta untuk menyandang gelaran daie dan murobbi.

Ada satu masa saya rasa nak duduk di tengah-tengah padang yang luas didakap gelapnya malam, meluahkan segala isi hati hingga akhirnya tertunduk mendakap lutut sambil memikul harapan-harapan mereka ke atas jiwaku yang kerdil.

Baru sedar akan beratnya memikul beban sebuah harapan. Yang semestinya tak mampu dipikul sendiri melainkan dengan kehadiran sebuah keajaiban dari Tuhan.

"Tak ramai yang mahu dan sudi menjadi murobbi..," selembar kata muwajjih dalam sebuah sidang taujihat somehow kedengaran menyedihkan.

Jalan ini jalan yang panjang, disertai segunung harapan. 
Dan impian.