PERSONALITI DAN DAKWAH
Posted on Thursday, June 15, 2023 @ 7:54 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




Ada sorang ukhti ni tiba-tiba mesej sambil resah dengan keputusan four temperament dia; Melancholic-Choleric.

Dalam teori psikologi, gabungan dua temperament tu merupakan satu 'bad fortune' sebab katanya gabungan tu adalah emosi yang paling tidak stabil kalau nak dibandingkan gabungan Phlegmatic-Sanguine (emosi paling stabil).

Boleh kata, orang yang ada gabungan ni selalu terlebih sensitif, beremosi tak kena tempat, cepat kecewa bila tak kena dengan expectations, ada konflik dalam diri.

Semestinya, sesiapa yang dapat gabungan temperament ni akan berasa sedikit resah dan kecewa, risau kalau dia akan menyusahkan orang lain dalam gerabak dakwah ni. Atau mungkin dia akan rasa, dakwah ini lebih tenang tanpa dia.

Tapi surah al-insan ayat 2, Allah clarify kenapa Dia ciptakan manusia dengan pelbagai perbezaan, pelbagai personaliti, temperament yang berbeza-beza. Purposely sebagai ujian; dengan perbezaan tu masihkah mahu laksanakan taklifan tujuan hidup atau disibukkan dengan perbezaan itu hingga meninggalkan kepercayaan Allah ke atas dirinya.

Daurah haritu muwajjih pesan, dakwah ini perlukan kepelbagaian manusia. Perlu manusia yang punya personaliti ketua untuk menggerakkan, perlu manusia yang punya personaliti mengikut supaya dakwah itu ada tukang perlakunya, perlu manusia yang jiwanya sensitif untuk perhalusi pelan dakwah, perlu manusia yang rasional supaya dapat menenangkan kepincangan, perlu manusia yang bisa mempengaruhi.

Dakwah ini perlukan kesemua personaliti itu. Tapi kita punya limitasi, tak semua personaliti dapat kita monopoli. Kerana itu kita perlukan kawan-kawan kita yang berbeza dengan kita.

Hakikatnya teori psikologi hanya sebuah teori. Semua yang Allah beri kepada kita adalah logam. Halakan logam sebaiknya untuk dakwah ini. Hargai perbezaan kita. Tiada satu pun karunia Allah itu sia-sia.




إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجࣲ نَّبۡتَلِیهِ فَجَعَلۡنَـٰهُ سَمِیعَۢا بَصِیرًا﴿ ٢ ﴾
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Al-Insan: 2)