Inilah Jalanku
Posted on Sunday, April 14, 2024 @ 7:21 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




Semua pasti mengenali nama Thariq bin Ziyad, Sang Penakluk Andalusia yang terkenal. Tetapi berapa ramai yang mengenali tulang belakang kepada rijal yang hebat ini? Dialah Musa Ibn Nusayr.
Di sebalik sosok yang hebat, ada seorang murobbi yang kurang dikenali.

Teringat saya akan satu taujihat seorang murobbi dalam sebuah usrah ketika saya tagging di sebuah lokaliti pada tahun 2021,

“Kita mungkin bukan siapa-siapa, kita mungkin tak hebat. Tapi kita nak menyentuh dan memproduksi rijal-rijal yang hebat. Itu cita-cita kita.”

Musa Ibn Nusayr, seorang daie dan murobbi yang sangat determine mengukuhkan kembali tarbiyah quraniyah ke dalam jiwa penduduk Afrika Utara, di mana penduduknya telah murtad lebih dari sekali. Bagaimana boleh jadi begitu? Kerana daie yang terdahulu terlalu cepat ingin menaklukkan wilayah hingga tidak benar-benar menanamkan islam dengan baik kepada penduduknya. Musa Ibn Nusayr mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk memperkukuhkan islam dan membina rijal di Afrika Utara dan ketika itu beliau sudahpun berusia 80-an. Usianya mungkin lanjut, tapi jiwanya lebih segar berbanding anak muda kini.

Gambar kedua adalah tangkap layar Musa Ibn Nusayr berdiri bersama mutarobbinya Thariq bin Ziyad di Kota Thanjah dalam sebuah filem sejarah. Lanjutkan ke gambar ketiga untuk mendengarkan taujihat sang murobbi saat mutarobbinya datang ber-qodoya fardhi.

“Kita datang untuk membuka jiwa, bukan untuk membuka istana,” mindset dari seorang Sheikh kepada Thariq; mengingatkan kembali tentang misi dakwah dan membina rijal memerlukan ketahanan dan kesabaran yang sangat panjang.


Tak kurang hebat bekal yang Allah sedang limpahkan.
Selalunya wasilah jaulah kemurobbian ni murobbi yang susunkan.
Tapi Jaulah Murobbi kali ini benar-benar hanya susunan Allah sendiri.

Seperti kisahnya Musa a.s., bagaimana Allah menyusun perjalanan hidupnya dengan persiapan demi persiapan untuk mengemban risalah agung,
Aku yakin seperti itulah juga yang sedang Allah lakukan terhadap hidupku.

Born to be a murobbi.
Inilah jalanku, dan aku redha ke atas jalan ini.

“Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu, agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman.” [Hud, 11:120] 

Here I am standing on the The Bridge of Musa Ibn Nusayr. Moga saya menjadi murobbi seperti beliau.

Semoga kisah ini menguatkan aku dan kamu.

Salam sayang, 
13 April 2024, Cordoba, Andalusia.