![]()
| JANGAN BERHENTI BERJUANG
Posted on Wednesday, April 17, 2024 @ 2:13 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim Assalamu'alaikum ![]() “Saudara, adakah engkau jemu dari berjuang? Dan mencampakkan senjatamu? Lalu siapa lagi yang akan mengobati luka pasukan? Dan siapa pula akan yang mengangkat kembali panjinya?” Beberapa potong nasyid yg didedikasikan untuk Asy-Syahid Syed Qutb berputar di kepala saya ketika menulis entri ini. Di sebalik sejarah keruntuhan islam Andalusia yg menyedihkan, setelah berabad lamanya, masih ada yg meneruskan dan masih berjuang. Masjid Granada dibangunkan dengan penuh kontroversi dan ujian. Masjid ni bersebelahan dengan sebuah gereja yg asal bangunannya adalah masjid tapi juga ditukar menjadi gereja (lihat gambar ke-9). Setelah ujian dan onak duri, masjid yg baru berusia 20 tahun ini berjaya didirikan. Walau usianya yg muda, masjid ini telah menyaksikan pelbagai kisah syahadah pelancong yg datang ke Sepanyol. Strategi dakwah masjid ini sangat menarik: diletakkan info-info agama islam pada dinding-dindingnya. Ada sebuah kedai kecil yg menjual cenderamata, kopi dan manisan untuk tarikan pelancong di mana pelancong-pelancong ini terjebak masuk ke dalam masjid dan diceritakan islam kepada mereka lantas mengangkat syahadah. Saban hari. “Masjid ni kecil. Tapi memberi makna yg besar kepada komuniti islam di sini,” begitulah kata-kata yg menyentuh hati saya kemarin. Kebiasaan orang Sepanyol, suka meletakkan courtyard pada kediaman mereka termasuk masjid. Dapat dilihat istana Alhambra yg hanya tinggal kenangan dari pemandangan courtyard Masjid Granada ini ![]() Mereka (musuh agama) boleh merampas istana dan kemewahan dunia dari umat islam. Mereka boleh meruntuhkan semangat jihad umat islam untuk tempoh yg sekejap. Tapi tidak untuk selamanya. Ada yg masih berjuang. “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” — Aṣ-Ṣaff, 8 Jangan berhenti berjuang.
![]() |


“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” — Aṣ-Ṣaff, 8
إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحࣰا مُّبِینࣰا“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kemenangan yang jelas nyata.” — Al-Fath: 1


