Perjalanan Hidup
Posted on Sunday, April 14, 2024 at 4:50 AM <
0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
“Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?” [Taha, 20: 9]
Saya pasti ramai yang mengetahui antara kisah famous dalam Al-Quran iaitu kisah hidup Musa a.s.
Dalam satu daurah ketika di awal tarbiyah dulu, sebahagian Surah Taha ini diceritakan kepada saya dan kawan-kawan tentang bagaimana Allah sendiri menyusun atur dan men-design perjalanan hidup Musa a.s seawal dari lahir untuk mempersiapkan Baginda menjadi pembawa risalah-Nya.
Dan sejak dari malam itu, kisah ini memberkas di hati saya.. hingga ke saat ini.
Kerana saya merasakan perkara yang sama yang Allah lakukan kepada saya, seawal dari saya kecil,
hingga ke saat ini.
Saya bukan tidak pernah menjejakkan kaki di tanah Al-Haram.Tetapi saya tidak pernah menumpahkan air mata di tanah Al-Haram, melainkan setelah saya mengetahui sejarahnya, iaitu pada kali kedua saya menjejaknya di saat saya sudahpun disapa tarbiyah.
Saya bukan tidak pernah menjejakkan kaki di tanah Eropah.Tetapi saya tidak pernah menumpahkan air mata di tanah Eropah, sehinggalah setelah saya mengetahui sejarahnya, iaitu pada kali kedua saya menjejaknya di saat saya sudahpun disapa tarbiyah.
Sejarahnya.. yang menghidupkan hati yang mati.
"Sejarah adalah tentera Allah yang menguatkan hati."[Imam Abu Qassim al-Junaid]
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul). [Ali Imran, 3: 137]

Ia bermula dengan pujukan kakak sulung saya untuk kami beraya di tempatnya.Katanya asyik dia saja yang pulang ke Malaysia, tahun ini kamilah pula ke tempatnya.Dan mak ayah bersetuju.
Pada awalnya, kakak sulung saya mengajak kami berjalan-jalan di negara di sekitar iaitu Austria-Hungary. Seperti biasa, saya sebagai anak bongsu yang bermastautin jauh, mestilah tidak tahu apa-apa berkenaan ini. Sehinggalah mak saya khabarkan kepada saya. Dan saya terdiam, belum memberi jawapan. Memikirkan dengan dalam. ‘Mestilah lama ni,’ getus hati.
Mestilah perlu memikirkan dengan teliti. Kerja hakiki kita adalah menjadi daie dan murobbi. Bagaimana tarbiyah kita nanti? Bagaimana dakwah kita nanti?
Jawapan masih belum diberi sehinggalah saya bertanyakan pendapat murobbi saya sendiri.“Pergilah,” kata murobbi ringkas. Menyantuni keluarga, adalah cara yang memudahkan untuk mendakwahi keluarga. Kan kerja hakiki kita adalah daie dan murobbi.
Pada masa yang sama, serangan Negara Haram Israel ke atas Gaza semakin mengganas dan dunia mulai membuka mata untuk memboikot Zionis dan sekutunya.
Beberapa hari kemudian, kakak sulung saya menyatakan hasrat untuk kami menukar destinasi pelancongan. “Austria Hungary tu pro-israel tu. Kita tukarlah tempat.” Saya menurut saja. Tidak terlalu into atau excited. Sehinggalah kakak kedua saya mencadangkan,
“Kita pergi Andalusia lah.”
Dan kakak sulung saya bersetuju. Ayah dan mak pun setuju.
Apa? Semudah itu?MasyaAllah. Susunan apa yang Engkau atur ni.
Bermulalah siri jaulah yang Allah sendiri aturkan.Dan bekal yang akan Allah datangkan
Precious
// back to entry
What's This Blog For?
I love this blog // back to entry
Assalamu'alaikum warahmatullah!^^
Apabila ditanya, kenapa buat blog?
Sebenarnya, selain melukis, main kucing, saya juga suka menulis.
Sebab saya seringkali menelaah, mentadabbur kehidupan saya sendiri.
Saya gemar memikirkan hikmah yang terselit di sebalik setiap kejadian.
Saya juga sebenarnya dalam diam-diam, suka memerhati orang sekeliling.
Kemudian, mentadabbur mereka pula. ;)
Disebabkan terlalu gemar berfikir, terasa sesak dada sekiranya tidak dikongsi apa yang saya dapat daripada tadabbur saya..Tetapi saya juga tidaklah suka sangat berkongsi dengan orang. Kerana khuatir mereka tidak berminat mendengar cerita saya. Dan mungkin juga kerana saya lebih suka pendam.
Lalu, blog ini dipilih sebagai ruang untuk mengabadikan suara hati saya.
Dan juga, ruang untuk menyimpan memori-memori lalu.
Kadang, kita lupa kita yang dahulu bagaimana orangnya.
Kita lupa, logam-logam masa silam kita. Dek kerana terlampau merendah diri.
Ruang inilah medan untuk kucari semula logam-logam yang telah kabur dan semakin hilang.
Let Me Tell You A Story..
Dearest // back to entry
In the year of 2011, Miko & Miki came into Mahfuzah's life as their owner had given them to her. Their presence had brought happiness to the family. It was their first experience to have such active kitties. Mahfuzah took a good care of the two kitties until then, in the month of November 2012, Miki went missing. The absence of Miki was never known by anyone. They thought that maybe it's time for her to go away to meet her Creator or she was taken by someone. Since that, Miko lived all by herself.

Years passed. Miko grew as the only cat in the family. She never pregnant since the past 2 years so she never had kittens and the family never get new members in their family but they don't care much about it. Having Miko in their life is the most precious gift that Allah have ever granted. They are grateful that Miko is still breathing and stayed with them for 4 years. They wished that Miko could stay with them longer. As longer as she can. Biiznillah.
On twenty second of May 2016, was the day Mahfuzah lost her dearest cat, Miko. It did hurt her a lot but she remembered that Allah had said; every soul shall taste death. It is time for Miko to meet her Creator. And so do Mahfuzah herself..soon.