PEWARIS
Posted on Monday, May 6, 2024 @ 5:36 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum





Mukhayyam; adalah wasilah tarbiyah yang boleh dikatakan bukanlah top favourite bagi akhwat, dan saya. Tapi juga tak boleh nak dinafikan bahawasanya wasilah ini berjaya mempunyai tempat yg istimewa dalam lubuk hati saya. 

Ia bukan satu kegemaran, tapi bukan satu kebencian.. malah ia satu keistimewaan.
Kerana tarbiyah yang ada pada setiap sudut ruang peristiwa yang berlaku di dalamnya, rohnya terlalu hidup dan berharga melebihi seluruh harta kekayaan di dunia. Mana mungkin nilaian ini bisa digantikan dengan apa-apa melainkan syurga.

Saya masih ingat keadaan saya pada hari pertama datang, juga masih ingat keadaan saya pada hari terakhir di kem. Inqilab, saya boleh katakan.

Saya masih ingat perasaan saya pada hari pertama datang, juga masih ingat perasaan saya pada hari terakhir. Terutama ketika kesemua kami melaungkan takbir paling bergema saat panji batalion yang disangkut pada batang tersangat panjang itu akhirnya berjaya didirikan dan berkibar. Menandakan penaklukan telah berjaya. 




“Pada hari ini, Kota Ittihad ini layak diwariskan kepada batalion Ansarullah untuk antunna menyambung perjuangan", kata akhir seorang mujahidah mewakili kesemua mujahidah kota, menutup misi mukhayyam yang telah selesai.  

Sambil kesemua kami memegang panji, lagu tema dinyanyikan semula, “Wahai pemuda wahai pemudi, generasi pewaris negeri,..". Pada hari terakhir barulah saya fahami inti dalam lagu tersebut. Dan pastinya, hasil dari sebuah pemaknaan dari lubuk hati yg dalam berserta perih jerih perjuangan amal, mengeluarkan cecair jernih dari celahan mata.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (As-Saff: 8-9)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." (As-Saff: 14)