![]()
| Saya student postgrad
Posted on Wednesday, September 4, 2024 @ 5:08 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim Assalamu'alaikum ![]() Saya student postgrad, kalau down kena belajar bangkit sendiri sebab takde sapa nak angkat. Saya student postgrad, kena belajar mintak kritikan dan judgement orang sebab nak tak nak kena didik hati nanti akan berhadapan dengan kritikan yang pelbagai, yang tak semua tu didasari dengan keimanan. Saya student postgrad, kalau dalam DnT rasa pandai dalam setiap hal, masuk dalam dunia research baru merasai betapa jahilnya dalam setiap aspek. Kenapa atas nama “postgrad” bukan atas nama “daie”? Sebab tak rasa jalan dakwah ni kita buat sorang-sorang sepertimana jalan research postgraduate. Jalan DnT, kita ada ramai akhwat, banyak sumber pertolongan dan kekuatan yang kita boleh buat sama-sama. Sampai kadang boleh pulak mendatangkan ancaman: diffusion of responsibility yang sememangnya tak sepatutnya berlaku. Tapi, bila berjalan jauh sikit.., dan merenung jauh sikit ke hadapan, mungkin suatu hari nanti jalan DnT ni persis jalan research postgraduate. Sunyi, sorang diri. Yang ada cuma kita dan Tuhan. Jadi, extra lah bekalan ni.., untuk saya, daie student postgraduate, dapatkan nafas yang lebih panjang di atas jalan abadi. Kerana akhirnya nanti, “Dan setiap orang daripada mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan seorang diri.” — 19:95 Hanya akan tinggal keikhlasan hati dan Tuhan yang Kekal Tak Mati. Dan saya bangga dengan jalan ni. ![]() |



