MENUNTUT
Posted on Sunday, May 11, 2025 @ 2:08 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum



Balik rumah tapi mak ayah belum balik lagi dari ganu mungkin sampai ahad or isnin. Tapi balik jugak sebab bestie sekolah nak kita datang majlis ehem2 dia isnin ni. 

Home alone. Barang dapur semua pun takdak. Bodek mak meh le sikit duit poket nak beli bahan masak. Mak pun bagi. Banyak alhamdulillah jzkk mak. Tapiii. Bagi lebih tu mesejnya untuk memberi.

Satu tarbiyah untuk seorang anak bongsu 7 beradik; selalu menerima. Dengan banyak.

Tapi at the same time, ada 7 anak buah. Jadi macam tu je Allah nak balancekan; dengan kena memberi pulak.

“Hidup kita adalah untuk memberi” begitulah mindset yang ditanamkan murobbi awal-awal dulu. Dan kita pun hiduplah seperti apa yang dibumikan ke dalam hati.

Beri, beri dan beri.

Sampai satu masa, terhenti.

Sebab,

‘Ya Allah, aku dah bagi banyak. Di mana kurniaan yang Engkau janjikan? Kebahagiaan? Tenang? Senang?’

Bukankah bila memberi kerana Allah, kita akan mengharapkan balasan dari Allah?

‘Tapi mana balasan tu?’ Menuntut.

Yang ada, yang dilihat mata, ujian, kesusahan, keberatan. Di mana bahagia? Di mana hidup senang?

Yang di fikiran, balasan Allah tu bila tak ada ujian hidup.

Tapi rupanya belum pun lagi tiba masanya untuk menuntut.
Kerana hayat di dunia masih belum luput.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya…”(3:185)




Banyaknya salah aku terhadap Tuhanku...