![]()
| seperti batu
Posted on Wednesday, October 22, 2025 @ 5:20 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim Assalamu'alaikum Haritu main elemen alam apa yang awak kagumi dan suka Saya pilih batu. Kalau boleh saya nak jadi ‘seperti’ batu. Apa kaitan? Biasanya orang kalau nampak batu rasa less interest. Tak seperti orang tengok bunga atau rama-rama yang cantik dan instantly rasa kagum dan adore. Alah, batu. Dia wujud tapi takde la rasa apa-apa. Kalau tengok rama-rama atau bunga yang cantik, bukan setakat perasaan je yang wujud tapi malah akan menggerakkan orang yang suka dengan benda tu untuk rasa nak pegang, nak tengok selalu, hingga buat teringat-ingat, nak petik, nak genggam.., Saya takut dengan mata manusia. Pandangan manusia. Yang kita tak tahu pandangannya didasarkan kepada keimanan atau nafsu. Adakah pandangannya membawanya balik kepada Allah atau dihasut syaitan. Penyakit ain. Bermula dari pandangan akan membawa kepada perbuatan mungkar. Rasa attachment, perasaan untuk memiliki/menguasai hingga boleh sampai kepada perpecahan dan paling dahsyat; pertumpahan darah. Batu tak membuatkan perasaan interest tu datang instantly. Tapi dalam keadaan darurat atau mendesak, barulah batu ni dilihat ada gunanya. Tapi hakikatnya batu ni sentiasa ada fungsi dan kekuatannya tak kira masa. Batu boleh digunakan untuk pertahankan diri, kegunaan-kegunaan survival, pembinaan, industri, senjata mahupun hiasan landskap dll. Dia sentiasa mempunyai fungsi dan buat tujuan hidup dia. Cuma dari segi pandangan manusia, insyaAllah batu selamat dari penyakit ain. Point saya satu je, saya takutkan pandangan manusia. Dan saya berharap saya tidak dilihat, tidak dikagumi. Kita semua ada kelebihan yang mengagumkan tapi perlu hati-hati dalam perbuatan ‘mengkagumi’ manusia. Kerana dari situ datangnya mudarat yang paling besar. Kerana seberapa banyak hal mungkar yang terjadi bermula dari pandangan mata. Hakikatnya Allah-lah yang paling ‘Adzim dan layak dikagumi. Semoga Allah lindungi kita semua dari segala kejahatan ![]() |


