![]()
| Networking Doa
Posted on Sunday, November 30, 2025 @ 5:23 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim Assalamu'alaikum Baru-baru ni dapat banyak sangat mindset yang kita tak boleh nak mengharapkan orang lain je tapi kita yang kena berani step out buat benda upgraded yang kita jarang sekali buat — iaitu mengisi daurah. “Sampai bila kita nak tolak2 dan bagi ‘kakak’ je buat?” Maka bermulalah fasa baru dalam hidup. Fasa untuk belajar lagi struggle baru. In the midst of banyak benda yang baru dan banyak tumpuan dan tenaga dilontarkan kepada hal-hal tu, datang pertanyaan mereka yang concern, “Macam mana (progress) Master awak?” Sejujurnya sejak masuk bulan ni, sangatlah tidak ok. Lagi pulak sekarang dah kena extend satu semester. And I realised that saya sangatlah memerlukan doa-doa orang beriman. Habis je ngisi adik-adik harapan ummat ni, ada sorang tu cakap kuat-kuat, “Semoga Allah mudahkan Master akak!” dan terus diikuti dengan doa-doa dan motivasi-motivasi lain dari orang yang berbeza. Memang awalnya mindset untuk take up offer mengisi ni bukan sebab pandai mentaujih, tapi sebab perlukan doa dari ramaii orang untuk menghadapi liku-liku kesukaran ni. Dan Allah makbulkan immediately 🥹 I really need those du’aas. Lebih istimewa kejadian harini sebab didoakan oleh adik-adik yang masih suci hatinya.
![]() |
“Seorang soleh pernah ditanya, “Apa yang membuatmu sentiasa maju kehadapan?” Jawabnya, kerana aku yakin doa sekalian muslimin ke atasku dalam solat mereka.السلام علينا وعلى عباد اللّه الصالحين(Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba yang soleh). Maka aku lalui hari-hariku dengan penuh keazaman dan kesungguhan.”


