![]()
| kerinduan hari ini
Posted on Saturday, December 27, 2025 @ 5:25 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim Assalamu'alaikum Kenangan 2019 yang menjadi kerinduan hari ini Tahun 2018/2019 adalah tahun jiwaku dan rakan-rakan baru disentuh tarbiyah. Ada satu habit pada zaman tu yang tinggal kenangan hari ini iaitu — menamakan diri masing-masing dengan nama sahabat. Masih kuingat seorang usratiku ni, beliau sangat tersentuh dengan kisah Mus’ab bin Umair sebab dia kata ujian sahabat tu sangat sinonim dengan dia. Hence, dia sentiasa gelarkan diri dia “Sayalah Mus’ab”. Dan kawan-kawan lain turut ada dengan nama pilihan sahabat masing-masing. Satu masa, ketika aku menunaikan umrah pada hujung tahun 2019, ketika usia tarbiyah dah dua tahun disuburkan dengan kisah-kisah perjuangan islam, aku dan para jemaah dibawa mutawwif ke Jabal Uhud. Lantas mengimbas kembali seerah peperangan Uhud. Kisah duka umat islam. Sesampainya di depan makam para syuhada’ Uhud, mutawwif menadah tangan dan mendoakan rahmat buat para syuhada’ Uhud sampailah beliau menyebut nama “Mus’ab bin Umar” secara spefisik, hiba menusuk hatiku dan air mata laju menitis. Nama tu sangat signifikan, ibarat rakan karib yang dikenali sendiri yang meninggal syahid. Sebab kami sentiasa bermain ‘Akulah sahabat itu’. Dan Mus’ab adalah spesifik nama sahabat kepada usratiku. Rasa dekatnya sosok Mus’ab pada waktu itu ibarat usrati sendiri yang syahid. Betapa suburnya ruh perjuangan tokoh terdahulu tersemat dalam jiwa. Sungguh, aku sangat merindukan zaman seperti itu berulang kembali. ![]() |


